Page 125 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 125

Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan  MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
               yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
               daripada guru pembimbing.
                Modul                      :  Modul 8

                Minggu                     :  Minggu 8

                Aktviti                    :  Acara Padang
                                              -  Lompat Tinggi
                Objektif                   :  i.  Mengenal acara lompat tinggi.
                                              ii.  Mengetahui teknik-teknik lompat tinggi.

                Bahan                      :  i.  Tilam ketangkasan
                                              ii.  Tali menggantung bola (latih melonjak)
                                              iii.  Bendera merah/ putih
                                              iv.  Skitel
                                              v.  Tandaan
                                              vi.  Tali palang
                                             vii.  Tiang

                Masa                       :  3 jam

                Medium komunikasi          :    i.   Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
                                                     pendengaran, arahan menggunakan bendera.
                                                ii.   Kurang upaya penglihatan: dua orang jurupandu.
                Langkah 1                  :  i.  Pemanasan badan
                                              ii.  Aktiviti regangan

                Langkah 2                  :  i.  Melatih  kemahiran  melompat  dengan  aras  ketinggian
                                                  yang rendah.
                                              ii.  Melatih dan membetulkan teknik lari untuk mendapatkan
                                                  lompatan yang betul.
                                              iii.  Melatih dengan cara membuat lonjakan yang betul.
                                              iv.  Melatih  dengan  cara  menjarakkan  larian  dari  tempat
                                                  permulaan hingga ke tiang lompatan.

                Langkah 3                  :  i.  Melatih  kemahiran  melenturkan  badan  untuk  membuat
                                                  lompatan.
                                              ii.  Melatih  kemahiran  melayangkan  badan  sambil  berlari
                                                  untuk membuatkan lompatan.
                                             iii.  Melatih  kemahiran  berlari  sambil  melayangkan  badan
                                                  untuk membuat lompat tinggi.
                Langkah 4                  :  i.  Melatih  kemahiran  membuat  lompat  tinggi  dengan  cara
                                                  untuk mendarat dengan betul.
                                              ii.  Melatih kemahiran membuat lompatan dengan cara larian
                                                  yang  sempurna,  lonjakan,  melayangkan  badan  dan
                                                  mendarat dengan betul.

                Penutup                    :  Membuat  lompatan  dengan  yakin  untuk  mendapatkan
                                              ketinggian yang terbaik.





                                                           115
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130