Page 183 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 183
Bil. Perkara Huraian
- Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan
diberikan kepada pihak lawan.
- Semasa membuat servis, rakan pembuat servis dan
rakan penerima servis boleh berdiri di mana-mana
tempat dalam petak tetapi tidak menghalang
pandangan pembuat servis dan penerima servis.
- Pasangan yang menang ‘game’ itu, akan
memulakan ‘game’ berikutnya.
Ukuran Gelangang
Gelanggang badminton berbentuk segi empat tepat berukuran 13.40 m x 6.10
m. Lebar garisan 40 mm. Tinggi jaring 1.55 m di tiang dan 1.524 m di tengah
gelanggang.
Untuk perseorangan dan beregu, kawasan garisan pendek dikira keluar (out)
semasa servis.
Dalam beregu, kawasan antara garisan belakang gelanggang (long) dan garisan
servis beregu (short) adalah luar (out) semasa servis.
Dalam beregu, kawasan gelanggang 6.10 m x 13.40 m digunakan. Manakala,
kawasan gelanggang perseorangan adalah 5.18 m x 13.40 m.
173

