Page 179 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 179
Bahan : Gelanggang, bib, bola, wisel, papan putih untuk catatan
jaringan, borang pemarkahan
Masa : 3 jam
Medium komunikasi : Pengadil dalam dan penggunaan bahasa isyarat untuk
MBK pendengaran.
Langkah 1 : i. MBK dan pasukan sekolah melakukakan
pemanasan badan dalam kumpulan.
ii. Latihan dan latih tubi balingan untuk perlawanan.
iii. Taklimat berkaitan undang-undang dan syarat
pertandingan oleh guru penasihat.
Langkah 2 : i. Pertandingan bola jaring berlangsung.
ii. Ahli pasukan yang lain menyorak dan menyokong
pasukan bertanding.
iii. Guru penasihat menetapkan masa tempoh
pertandingan.
Langkah 3 : a. Majlis penyampaian hadiah.
b. Majlis penutupan perjumpaan kelab untuk tahun
terkini.
Penutup : Penerapan amalan baik dalam bola jaring – kerjasama
dan tolak ansur dalam kumpulan.
Syarat Perlaksanaan : Pengurusan masa pertandingan dan tempoh
penganjuran tidak melebihi tiga jam.
Latihan/ Pengukuhan/ : Post-mortem permainan yang telah dijalankan.
Intervensi
Catatan :
Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.
Modul Badminton
Pengenalan
Badminton ialah sejenis permainan yang menggunakan raket dan bulu tangkis yang
dimainkan secara perseorangan atau beregu. Permainan ini akan dikira mata jika
bulu tangkis melepasi jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Asal usul permainan
169

