Page 180 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 180
ini bermula pada tahun 1893 yang mana Persatuan Badminton England telah
ditubuhkan dan pada tahun 1899 Pertandingan Kebangsaan Inggeris pertama telah
diadakan. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama di dunia untuk permainan
badminton. Selepas Perang Dunia Pertama tentera asing yang mendapat
pendedahan dengan permainan badminton semasa bertugas di England telah
membawa permainan ini balik ke negeri mereka.Beberapa buah negara telah
menubuhkan Persatuan Badminton Kebangsaan seperti Kanada (1921) dan Amerika
(1936). Pada tahun yang 1934 Persatuan Badminton Malaysia telah ditubuhkan.
Sukan badminton telah berkembang pada tahun 1992 dan menjadi acara rasmi
dalam Sukan Olimpik.
Peraturan Dan Undang-Undang Permainan
Undang-undang asas permainan badminton seperti berikut:
Bil. Perkara Huraian
1. Bilangan Perseorangan (dua orang) dan beregu (empat orang).
pemain
2. Memulakan - Bagi memulakan satu permainan, undian dibuat
Permainan terlebih dahulu. Bulu tangkis atau duit syilling boleh
digunakan dalam undian.
- Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis,
menerima servis atau memilih petak gelanggang.
- Pihak yang kalah, akan menerima pilihan yang
berikutnya.
3. Sistem - Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21
Pengiraan Mata mata rali (the best of three game).
- Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain
yang memenangi rali.
- Perbezaan dua mata diperlukan untuk menang.
Jika tidak, permainan diteruskan hingga 29-29.
Pemain/ pasangan pertama mencapai mata 30
dikira sebagai pemenang.
- Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat
mata genap servis dilakukan di sebelah kanan
gelanggang pemain dan sebaliknya.
170

