Page 231 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 231

Modul                      :  Modul 5

                Minggu                     :  Minggu 5

                Aktiviti                   :  Keselamatan

                                               i.  Mengetahui aspek-aspek keselamatan dalam permainan
                Objektif                   :
                                                   petanque.
                                              ii.  Menyatakannya secara lisan dalam pembentangan.

                Bahan                      :  Audio, ICT (power point), laptop.

                Masa                       :  3 jam

                Medium Komunikasi          :  Masalah pembelajaran : tidak berkenaan.
                                              Kurang upaya pendengaran : tidak berkenaan.
                                              Kurang upaya penglihatan : set audio visual.

                Langkah 1                  :   i.  Guru bersoal jawab akan pelajaran modul
                                                   Sebelumnya.
                                              ii.  Guru meminta penjelasan murid tindakan yang perlu
                                                   dilakukan sekiranya sebarang kecelakaan berlaku dalam
                                                   sebarang permainan.

                Langkah 2                  :  Guru memperlihatkan aspek-aspek keselamatan yang
                                              diperlukan dalam permainan petanque melalui power point


                Langkah 3                  :  i.  Guru memperlihatkan power poin seterusnya yang
                                                  mengandungi kata kunci tentang keselamatan yang
                                                  dipelajari.
                                             ii.  Guru meminta murid memberikan penerangan secara
                                                  individu.

                Langkah 4                  :   Murid diminta menyenaraikan langkah-langkah keselamatan
                                               yang perlu dilakukan dalam permainan petanque.

                                              i.  Murid diminta memberikan maklum balas berkaitan
                Penutup                    :
                                                  aktiviti yang dijalankan.
                                              ii.  Guru akan memberi ulasan berkaitan maklum balas yang
                                                  diberikan murid.


               Catatan :
               Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
               yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
               daripada guru pembimbing.








                                                           221
   226   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236