Page 112 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 112

105






                             HR27 | Pembantu Pengurusan Murid (Prasekolah)

                            RUJUKAN
                       i    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2003: Skim Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid
                       ii   Surat  Pemakluman  Setiausaha  Bahagian  Pengurusan  Sumber  Manusia  Berkaitan  Senarai  Tugas
                            Pembantu  Pengurusan  Murid  Di  Sekolah-sekolah,  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  (KPM)  (24
                            November 2016).

               (A)  WAKTU BEKERJA PPM
                     1.    Pentadbir sekolah perlu mematuhi garis panduan waktu bekerja bagi pegawai dan
                           anggota kumpulan pelaksana iaitu selama sembilan jam sehari termasuk satu jam
                           waktu  rehat  sebagaimana  yang  digariskan  dalam  Pekeliling  Perkhidmatan  Awam
                           Bilangan 2 Tahun 2007.
                     2.    Ketua  Jabatan  boleh  mengeluarkan  arahan  secara  bertulis  kepada  mana-mana

                           pegawai  sekiranya  terdapat  tugas-tugas  yang  perlu  dilaksanakan  selain  daripada
                           waktu bekerja tersebut atas dasar kepentingan perkhidmatan.
                     3.    Ketua Jabatan perlu menggunakan budi bicara dalam menentukan waktu bekerja
                           dengan mengambil kira kepentingan perkhidmatan dan kebajikan pegawai secara
                           bersama.  (Rujukan;  Surat  Pejabat  Ketua  Setiausaha  KPM,  KPMSP.500-3/5/3
                           JLD.2(77) bertarikh 29 Julai 2016: Pematuhan Waktu Bekerja Pembantu Pengurusan
                           Murid (PPM) di Kementerian Pendidikan Malaysia.)

               (B)  PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

                     1.    Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
                     2.    Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi
                           merangsang bimbingan dan asuhan.
                     3.    Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu dan minat untuk meneroka
                           dalam kalangan murid prasekolah.
                     4.    Membantu  merangsang  dan  meningkatkan  motivasi  murid  prasekolah  supaya
                           bersedia untuk belajar.

                     5.    Membantu  memilih  dan  menyediakan  bahan-bahan  serta  peralatan  yang  sesuai
                           dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid prasekolah.
                     6.    Membantu mengawasi dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid
                           sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid berkenaan di bawah
                           jagaannya.
                     7.    Memberi  bantuan  kepada  murid  dan  mendampingi  mereka  semasa  menjalankan
                           aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
                     8.    Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran.
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117