Page 115 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 115

108






                     5.    Bertanggungjawab  membantu  murid  ke  tandas  sekiranya  perlu  membawa/
                           mengiringi murid ke tandas dan membimbing murid cara menggunakan tandas serta
                           membersihkan diri dengan betul.
                     6.    Mengawasi murid semasa perubahan PdP atau sewaktu guru menghadiri taklimat/

                           urusan rasmi seperti berikut:
                           a.   Ketika pertukaran guru, stesen atau kelas
                           b.   Sebelum ketibaan guru
                           c.   Semasa time-out (dendaan)
                     7.    Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa/penjaga untuk
                           urusan ke hospital:
                           a.   Membantu menenangkan emosi murid
                           b.   Menempatkan murid ke bilik sakit
                           c.   Menyemak rekod latar belakang kesihatan murid

                     8.    Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami murid seperti membersihkan
                           luka atau menyapukan ubat (dengan bantuan guru).
                     9.    Berada bersama-sama murid seperti perhimpunan rasmi sekolah:
                           a.   Membawa murid ke tempat perhimpunan
                           b.   Membimbing  dan  mengawasi  tingkah  laku  murid  semasa  perhimpunan
                                berlangsung
                     10.  Menjadi role model kepada murid daripada segi tingkah laku, tutur kata yang sopan

                           dan penampilan diri.
                     11.  Membantu mengurus murid baru
                           a.   Melayan karenah dan menenangkan emosi murid
                           b.   Menempatkan murid di dalam kelas
                           c.   Membantu orientasi dijalankan
                     12.  Membantu mengawasi murid sewaktu RMT dan semasa rehat
                           a.   Memastikan murid beratur sebelum ke kantin
                           b.   Memastikan murid membasuh tangan sebelum makan
                           c.   Membantu murid membeli makanan

                           d.   Membantu menunjukkan adab makan yang betul kepada murid
                           e.   Memastikan murid meletakkan peralatan makan di tempat yang disediakan
                           f.   Memastikan murid beratur masuk ke kelas
                     13.  Membantu  membuat  lawatan  susulan  bersama  guru  ke  rumah  ibu  bapa/penjaga
                           murid yang bermasalah.
   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120