Page 116 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 116

109






               (B)  PENGURUSAN KELAS/BILIK PENDIDIKAN KHAS
                     1.    Bertanggungjawab  membuka  dan  menutup  kelas  serta  memastikan  kelas  dalam
                           keadaan terurus sebelum dan selepas PdP.
                     2.    Bertanggungjawab mengemas dan membersihkan kelas/bilik pendidikan khas

                           a.   Menyapu lantai setiap hari dan dibersihkan dengan mop (jika perlu)
                           b.   Memastikan sampah dibuang
                           c.   Membersihkan kipas,  langsir, sofa, pinggan mangkuk dan peti sejuk secara
                                berkala
                           d.   Memastikan cermin tingkap dan perabot semua bilik tidak berhabuk
                     3.    Memastikan tandas Pendidikan Khas bersih, ceria dan selamat digunakan (dicuci jika
                           perlu).
                     4.    Membantu menjaga dan memastikan projek pendidikan khas seperti kebun, taman
                           dan lain-lain dalam keadaan terurus.

                     5.    Bertanggungjawab memastikan peralatan dan bahan yang berbahaya disimpan di
                           tempat  yang  selamat  seperti  peralatan  dapur,  bengkel/pertukangan,  kebun/stor,
                           akuarium/sangkar, bilik khas dan kelas pembelajaran/stesen PdP.
                     6.    Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemaskinikan papan kenyataan
                           dari semasa ke semasa.
                     7.    Membantu  menyusun  atur  peralatan  dan  perabot  Kelas  Pendidikan  Khas  supaya
                           kemas, teratur dan selamat untuk mewujudkan suasana yang kondusif.

                     8.    Membantu menceriakan dalam dan luar Kelas Pendidikan Khas.
                     9.    Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan alat pemadam api
                           masih boleh digunakan
                           a.   Mengenal pasti tarikh luput
                           b.   Bekalan lengkap dan mencukupi

               (C)  PENGURUSAN DOKUMEN DAN STOK PENDIDIKAN KHAS
                     1.    Membantu menyusun fail pendidikan khas mengikut sistem fail supaya teratur dan
                           mudah diperoleh.

                     2.    Membantu dalam pengurusan surat menyurat.
                     3.    Membantu mengemaskinikan data murid setiap bulan.
                     4.    Membantu mengemaskinikan rekod dan fail murid.
                     5.    Membantu membuat inventori peralatan dan perabot di dalam kelas
                           a.   Merekodkan pembelian bahan dan peralatan
                           b.   Menyemak peralatan yang perlu dihapus kira dua kali setahun
                           c.   Mengemaskinikan senarai inventori dan buku log (pergerakan alatan) di setiap

                                bilik dari semasa ke semasa.
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121