Page 113 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 113

106






               (C)   PENGURUSAN PENTADBIRAN KELAS PRASEKOLAH
                     1.    Membantu guru mendaftar kehadiran murid prasekolah setiap hari.
                     2.    Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.
                     3.    Melaksanakan  tugas  dalam  urusan  surat  menyurat  yang  berkaitan  dengan

                           prasekolah.
                     4.    Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.
                     5.    Mengemaskinikan data dan maklumat murid prasekolah.
                     6.    Membantu mengurus permohonan kemasukan dan pendaftaran murid prasekolah.
                     7.    Membantu menghubungi agensi-agensi luar atau pihak luar yang bekerjasama atau
                           bagi mendapatkan maklumat berkaitan prasekolah.
                     8.    Membantu  guru  prasekolah  membuat  lawatan  susulan  ke  rumah  ibu  bapa  atau
                           penjaga murid bagi murid yang bermasalah sekiranya perlu.
                     9.    Membantu  guru  prasekolah  dalam  mengurus  akaun  dan  perkara  yang  berkaitan

                           dengan kewangan prasekolah.
                     10.  Membantu  guru  merekodkan  perbelanjaan  dan  sumbangan*  yang  diterima  untuk
                           prasekolah.
                           *Tertakluk  kepada  Pekeliling  Perkhidmatan  Bilangan  3  Tahun  1998-Garis  Panduan
                           Pemberian Dan Penerimaan Hadiah Di Dalam Perkhidmatan Awam.

               (D)  PENGURUSAN PENYEDIAAN MAKANAN/ MENGEMAS/ MEMBERSIH

                     1.    Menyedia (memasak atau mendapatkan bekalan tersebut daripada pembekal) dan
                           menghidangkan  makanan  dan  minuman  yang  bersih,  berzat  dan  seimbang  bagi
                           murid prasekolah berdasarkan cadangan menu standard prasekolah.
                     2.    Mengemas dan membersihkan perkakasan seperti pinggan, piring, cawan, peralatan
                           dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.
                     3.    Menyedia dan mengemaskan kelas dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum dan
                           selepas  PdP  termasuk  menyapu,  mengunci  pintu  kelas  dan  menjaga  kebersihan
                           kelas dan ruang-ruang lain.
                     4.    Mengatur  kerusi  dan  meja  serta  membantu  guru  menyusun  alat  dan  bahan

                           pengajaran di dalam kelas.

               (E)  PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
                     1.    Melayani  kerenah  murid  prasekolah  dan  menolong  memastikan  mereka  sentiasa
                           berkeadaan bersih.
                     2.    Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid dari segi tingkah
                           laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.

                     3.    Menyambut  kedatangan  murid  semasa  menghadiri  kelas  dan  juga  memastikan
                           mereka keluar kelas dalam keadaan selamat.
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118