Page 117 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 117

110






               (D)  PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
                     1.    Membantu guru menyediakan bahan sumber sebelum sesi PdP
                           a.   Memasang peralatan elektronik
                           b.   Membuat salinan (photocopy)

                           c.   Menyediakan buku dan alat tulis
                           d.   Mengurus murid yang menggunakan alat bantuan tertentu seperti memeriksa
                                bateri alat pendengaran, FM sistem, kanta pembesar, mesin Braille dan lain-
                                lain
                     2.    Membimbing dan mengawal tingkah laku murid semasa PdP.
                     3.    Membantu mengurus murid semasa aktiviti PdP seperti memegang tangan murid
                           untuk aktiviti psikomotor kasar dan halus serta praktikal.
                     4.    Membantu murid inklusif di kelas perdana.


               (E)  PENGURUSAN/PERGERAKAN DAN AKTIVITI MURID PENDIDIKAN KHAS
                     (MOBILITI)
                     1.    Mengurus murid yang menggunakan alatan khas untuk bergerak.
                     2.    Bertanggungjawab  menjaga  pergerakan  dan  keselamatan  murid  semasa  aktiviti
                           dalam dan di luar sekolah.
                     3.    Menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas perdana jika perlu.


               (F)   TUGAS SEWAKTU CUTI PERSEKOLAHAN
                     1.    Bertanggungjawab terhadap kelas pendidikan khas seperti:
                           a.   Menyapu dan mop lantai, serta memastikan bilik dan tandas sentiasa bersih,
                                ceria dan selamat
                           b.   Memastikan langsir dan sarung sofa dicuci dan diganti (jika perlu)
                           c.   Membersihkan cermin tingkap, kipas, pinggan mangkuk dan peti sejuk
                           d.   Memastikan semua peralatan elektrik tidak berhabuk, selamat dan sedia untuk
                                digunakan
                           e.   Menyusun semula peralatan dan perabot

                     2.    Membantu  mengenal  pasti  semua  perabot  dan  peralatan  yang  boleh  digunakan,
                           perlu diselenggarakan atau dihapus kira.
                     3.    Membantu menjaga projek pendidikan khas seperti aktiviti perkebunan dan haiwan
                           peliharaan dengan baiknya.
                     4.    Membantu menyemak stok dan inventori.
                     5.    Membantu melabel dan mengemaskinikan sistem fail.
                     6.    Membantu menyediakan borang dan fail untuk pendaftaran baru.
   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122