Page 141 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 141

134






                                           PR02 | Guru Bertugas Harian


               1.    Guru bertugas harian disarankan hadir awal sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu

                     persekolahan bermula mengikut keperluan dan ketetapan pihak pentadbir sekolah.
               2.    Mengingatkan warga sekolah bagi memastikan semua lampu, kipas, pili air dan suis eletrik
                     ditutup sebelum meninggalkan kelas.
               3.    Mengingatkan guru dan murid supaya menjaga kebersihan, memastikan bilik-bilik darjah
                     disapu, sampah – sarap dibuang serta lampu dan kipas/tingkap ditutup sebelum tamat sesi
                     persekolahan.
               4.    Mengawasi  disiplin  murid  di  luar  waktu  belajar seperti  waktu  rehat  dan  waktu  sebelum
                     loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera
                     dan munasabah (jika perlu).

               5.    Mengawasi  kebersihan  bilik-bilik  darjah,  tandas,  kantin,  bilik-bilik  khas  dan  kawasan
                     sekolah.
               6.    Memastikan murid mengikut peraturan semasa membeli makanan di kantin.
               7.    Mengurus murid yang sakit dengan memaklumkan kepada ibu bapa untuk mendapatkan
                     rawatan bagi murid  tersebut.
               8.    Memastikan surat pengesahan murid dan nama murid direkodkan sebelum ke hospital.
               9.    Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang dari sekolah serta waktu rehat.

               10.  Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah.
               11.  Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/minggu
                     persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah:
                     a.    Rumusan guru tidak hadir
                     b.    Rumusan murid sakit dan murid pulang awal
                     c.    Laporan perhimpunan rasmi dan pengumuman dalam perhimpunan harian
                     d.    Laporan pemerhatian guru bertugas
                     e.    Hal-hal lain
               12.  Memastikan perhimpunan rasmi berjalan lancar mengikut tatacara perhimpunan yang telah

                     ditetapkan oleh pihak sekolah.
               13.  Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.
   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146