Page 143 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 143

136






               6.    Mengurus, menyemak dan menyokong Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan Book Review
                     (BR) yang didaftarkan oleh guru menerusi Modul Individu secara atas talian.
               7.    Memantau,  merekodkan  dan  mengemukakan  laporan  pelaksanaan  serta  perbelanjaan
                     latihan secara sistematik:

                     a.    Laporan dikemukakan pada awal bulan Julai dan Disember setiap tahun.
                     b.    Latihan menggunakan peruntukan sedia ada.
               8.    Membuat penilaian keberkesanan latihan.
               9.    Mengemaskinikan senarai warga kerja dan maklumat latihan yang diperlukan dalam sistem
                     pengurusan latihan.
               10.  Memastikan  setiap  pegawai  mengemukakan  sijil/dokumen/laporan  kursus  bagi  tujuan
                     pengesahan kehadiran.
               11.  Memantau prestasi kehadiran latihan menerusi sistem pengurusan latihan.
               12.  Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.




                                             PR05 | Penyelaras Tahun


               1.    Bertanggungjawab membuat pembahagian murid dalam kelas di bawah jagaannya dengan

                     mendapatkan persetujuan PGB.
               2.    Membantu  menerima  kemasukan  murid  baharu  dan  membuat  penempatan  mengikut
                     kelulusan PPD/JPN.
               3.    Memaklumkan kepada PGB jumlah murid dalam setiap kelas dari semasa ke semasa.
               4.    Memastikan  surat-surat  kelulusan  kemasukan  murid  baharu  disimpan  dan  memastikan
                     guru kelas mendaftarkan maklumat murid di dalam Buku Pendaftaran serta memaklumkan
                     kepada guru admin APDM.
               5.    Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan murid baharu disimpan dengan kemas dan
                     teratur.

               6.    Memastikan guru kelas mengisi maklumat murid di dalam Buku Pendaftaran Murid.
               7.    Memastikan  guru  kelas  mengemaskini  Profil  Murid  di  dalam  APDM  dari  semasa  ke
                     semasa.
               8.    Mengemaskinikan dan menyimpan fail-fail pertukaran murid dengan kerjasama Pembantu
                     Operasi.
               9.    Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.
   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148