Page 146 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 146

139





                                                       2.2.2


                                             KOMPONEN KURIKULUM


                                                PR08 | Ketua Panitia


                      RUJUKAN
                 i.    Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 4/1986: Panitia Mata Pelajaran
                ii.    Surat Pekeliling ICT KPM Bilangan 1 Tahun 2018: Garis Panduan Tatacara Permohonan Kelulusan
                      Teknikal Inisiatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Kementerian Pendidikan Malaysia.



               1.    Memperoleh sukatan pelajaran yang terbaharu atau kemas kini untuk kegunaan ahli-ahli
                     panitia.
               2.    Menyediakan  rancangan  mengajar  untuk  setiap  penggal  dalam  tahun  persekolahan.
                     Rancangan  mengajar  ini  diselaraskan  di  antara  guru  dalam  sesuatu  kelas  dan  juga  di
                     antara kelas di mana ada kaitan.
               3.    Memilih  dan  mencadangkan  kepada  PGB  buku  tambahan  (jika  diperlukan)  untuk
                     digunakan  oleh  murid  berdasarkan  kepada  kesesuaian  buku  itu  dari  segi  kehendak
                     standard  kandungan  dan  standard  pelajaran  yang  terdapat  dalam  DSKP  dan  tahap
                     kebolehan murid.

               4.    Memilih  dan  mencadangkan  buku  rujukan  atau  bahan  bacaan  tambahan  yang  sesuai
                     dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat
                     sumber sekolah.
               5.    Menyelaraskan  soalan-soalan  ujian  dan  pentaksiran  (berasaskan  sekolah)  yang
                     disediakan bagi tiap-tiap kelas dan jika perlu menubuhkan bank soalan.
               6.    Mengkaji  dan  menganalisis  keputusan  peperiksaan  murid  dalam  tiap-tiap  peperiksaan
                     berasaskan  sekolah  (khususnya  peperiksaan  pertengahan  dan  akhir  tahun)  dan

                     mengambil  langkah-langkah  untuk  mengatasi  kelemahan-kelemahan  pengajaran  dan
                     pembelajaran.
               7.    Mengadakan  mesyuarat  panitia  secara  berkala,  sekurang-kurangnya  empat  (4)  kali
                     setahun dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara 'ad hoc' jika perlu.
               8.    Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak
                     formal) untuk membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan.
               9.    Bertukar-tukar  pengalaman  dan  pengetahuan  baharu  yang  diperoleh  setelah  mengikuti
                     kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain.
   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151