Page 142 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 142

135






                                PR03 | Penyelaras Program Pendidikan Khas
                                            Integrasi Lantikan Dalaman

                              RUJUKAN

                       i      Buku Panduan Pengoperasian Program Pendidikan Khas Integrasi 2015

               1.     Portfolio  Penyelaras  Program  Pendidikan  Khas  Integrasi  Lantikan  Dalaman
                      (PPPKILD (PR03)) diwujudkan bagi sekolah yang bilangan kelas PPKI kurang daripada
                      4 buah kelas bagi melaksanakan tugas  GPK Pendidikan Khas (HR06).
               2.     Tugas PPPKILD (PR03) bukanlah sepenuh masa sebagaimana GPK Pendidikan Khas
                      (HR06) kerana fokus utama masih kepada tugas PdP.
               3.     Waktu mengajar PPPKILD (PR03) boleh dikurangkan atas budi bicara PGB.
               4.     Tugas yang dilaksanakan oleh PPPKILD (PR03) boleh dirujuk pada tugas Guru Penolong

                      Kanan Pendidikan Khas (HR06).
               5.     Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.



                              PR04 | Setiausaha Latihan dalam Perkhidmatan


                              RUJUKAN
                       i      Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 6 Tahun 2005: Menyokong Dasar Latihan Sumber  Manusia
                              Sektor Awam (DLSMSA)
                       ii.    Garis Panduan Sistem Pengurusan Latihan KPM dalam SPLKPM, Bahagian Pendidikan Guru
                              Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2014
                       iii.   Surat  Pekeliling  Perkhidmatan  Bil  1/2019  :  Dasar  Latihan  Sumber  Manusia  Kementerian
                              Pendidikan Malaysia
                       iv.    Surat  Pemberitahuan  Perkhidmatan  Awam  Bil  3/2019:  Skim  Latihan  dalam  Perkhidmatan
                              dalam Negeri.

               1.    Memastikan  semua  maklumat  guru  dan  AKP  dalam  SPLKPM  yang  diperoleh  dari  data
                     e-Operasi betul.
               2.    Mendaftar  maklumat  semua  latihan  yang  akan  dijalankan  di  peringkat  sekolah  dalam
                     SPLKPM melalui Modul SULDP.
               3.    Melaksanakan taklimat/bengkel aplikasi SPLKPM kepada semua guru.
               4.    Memastikan  semua  guru  mengisi  Instrumen  Analisis  Keperluan  Latihan  (Training  Need

                     Analysis - TNA) melalui Modul Individu.
               5.    Mencalonkan peserta bagi latihan yang ditawarkan di peringkat PPD.
   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147