Page 156 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 156

149






               1.    Menyelaraskan  tugas-tugas  berkaitan  Lembaga  Disiplin  Sekolah,  Pengurusan  Sistem
                     Sahsiah Diri Murid (SSDM) dan pengurusan peraturan sekolah.
               2.    Waktu mengajar boleh dikurangkan atas budi bicara PGB.
               3.    Membantu  PGB  menyelaraskan  dan  melaksanakan  program  yang  diputuskan  oleh

                     Lembaga Disiplin Sekolah.
               4.    Memastikan  penerapan  dan  penghayatan  disiplin  dan  nilai-nilai  murni  dipraktikkan  di
                     sekolah.
               5.    Memastikan  peraturan  sekolah  dikuatkuasakan  dan  dipatuhi  sepanjang  masa  kegiatan
                     dijalankan sama ada di dalam atau di luar sekolah.
               6.    Mengambil tindakan yang wajar dan adil untuk pihak-pihak yang terlibat seperti memberi
                     nasihat, bimbingan ataupun merujuk kepada pihak yang lain.
               7.    Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh PGB.
               8.    Menjadi  pegawai  perhubungan  antara  pihak  sekolah  dengan  ibu  bapa/penjaga  dalam

                     menangani masalah disiplin.
               9.    Bertanggungjawab  menimbulkan  semangat  kekitaan  dan  semangat  sekolah  dalam
                     kalangan murid dan guru.
               10.  Memantau semua kes disiplin melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).
               11.  Mengenal pasti murid-murid yang berisiko dari segi disiplin.
               12.  Menerima aduan dan memastikan kesahihan aduan.
               13.  Menjalankan siasatan rapi pada kes yang diadu.

               14.  Melaporkan isu atau insiden berdasarkan Standard Operating Procedure (SOP) 1 : 3 : 7
                     Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid.
               15.  Menyediakan laporan disiplin secara berkala kepada PK HEM mengikut keperluan.
               16.  Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.




                                PR15 | Penyelaras Skim Pinjaman Buku Teks


                              RUJUKAN
                   i.     Buku Panduan Pengurusan Skim Buku Teks (SPBT) Edisi ke-4.
                  ii.     Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 1998 : Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku
                       Teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan
                  iii.     Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 4 Tahun 2001: Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam

                       Buku Teks Skim Pinjaman Buku Teks KPM
                  iv.     Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 2 Tahun 2003: Pindaan Pelaksanaan Borang Pemantauan
                       Kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks SPBT 1 KPM
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161