Page 151 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 151

144






                           g.   menjaga  keselamatan dan kebajikan calon sekiranya berlaku sesuatu perkara
                                yang tidak dapat dielakkan  seperti peperiksaan berakhir lewat.
                           h.   memaklumkan  kepada    PGB  sekiranya  berlaku  kes-kes  yang  memerlukan
                                tindakan segera.

                     23.  Memastikan perkara berikut dilakukan selewat lewatnya sehari sebelum peperiksaan
                           bermula:
                           a.   membacakan garis panduan, arahan, amaran, larangan dalam jadual waktu
                                peperiksaan kepada semua calon.
                           b.   mengingatkan  calon  supaya  membaca  dan  memahami  garis  panduan  dan
                                arahan  peperiksaan  yang  dinyatakan  dalam  jadual  waktu  peperiksaan  dan
                                menandatangani borang pengakuan calon.
                           c.   menyimpan  borang  pengakuan  calon.  Borang  pengakuan  calon  boleh
                                dimusnahkan  selepas  enam  (6)  bulan  dari  tarikh  keputusan  peperiksaan

                                diumumkan.
                           d.   mengingatkan semua calon supaya memakai pakaian seragam sekolah yang
                                lengkap  dan  kemas  serta  sentiasa  mematuhi  peraturan  dalam  dewan/bilik
                                peperiksaan.
                           e.   mengingatkan  calon  supaya  sampai  ke  dewan/bilik  peperiksaan  sekurang-
                                kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
                           f.   mengingatkan calon bahawa sebarang salah laku akan dilaporkan kepada LP.

                                Pengarah  Peperiksaan  mempunyai  hak  untuk  membatalkan  keputusan
                                peperiksaan  mana-mana  calon  yang  didapati  sabit  salah  laku  atau
                                menggantung  keputusan  ini  sebelum  selesai  siasatan  terhadap  perlakuan
                                seseorang calon.
                     24.  Menghadiri taklimat pendaftaran peperiksaan yang diberikan oleh Sektor Penilaian
                           dan Peperikaan (SPP).
                     25.  Mengedar borang pendaftaran, memberi penerangan tentang (berkaitan) peraturan
                           pendaftaran dan cara-cara mengisi borang pendaftaran peperiksaan awam kepada
                           murid-murid.

                     26.  Mendaftar calon-calon peperiksaan melalui perisian peperiksaan secara atas talian
                           (online).
                     27.  Menyemak  kenyataan  semakan  pendaftaran  peperiksaan  dan  meminta  murid
                           membuat semakan sebelum menandatanganinya.
                     28.  Mengisi borang berkaitan pendaftaran (calon cacat, tiada kad pengenalan dan lain-
                           lain).
                     29.  Menghantar data pendaftaran peperiksaan kepada SPP/Lembaga Peperiksaan.

                     30.  Membuat salinan calon peperiksaan dan menyerahkan kepada GPK Pentadbiran,
                           GPK HEM, Setiausaha Peperiksaan Dalaman dan fail pejabat.
   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156