Page 153 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 153

146






               4.     Tugas yang dilaksanakan oleh PICTLD (PR11) boleh dirujuk pada tugas Guru Penyelaras
                      Bestari - HR08.
               5.     Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.





                      PR12 | Penyelaras Pusat Sumber Sekolah Lantikan Dalaman



                        RUJUKAN
                 i.     Buku Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Untuk Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Edisi ke-
                       2, BTP, KPM 2016.

               1.     Portfolio Penyelaras Pusat Sumber Sekolah Lantikan Dalaman (PPSSLD) diwujudkan di
                      Sekolah Kurang Murid (SKM) bagi melaksanakan tugas Guru Perpustakaan dan Media
                      (HR09).
               2.     Tugas PPSSLD (PR12) bukanlah sepenuh masa sebagaimana Guru Perpustakaan dan

                      Media (HR09) kerana fokus utama masih kepada tugas PdP.
               3.     Waktu mengajar PPSSLD (PR12) boleh dikurangkan atas budi bicara PGB.
               4.     Tugas  yang  dilaksanakan  oleh  PPSSLD  (PR12)  boleh  dirujuk  pada  tugas  Guru
                      Perpustakaan dan Media (HR09).
               5.     Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.




                                    PR13 | Guru Resos Masalah Penglihatan

                                RUJUKAN
                            i.     Surat  Pekeliling  Ikhtisas  KPM  Bilangan  6/2007:  Garis  Panduan  Bidang  Tugas  dan
                                Tanggungjawab Guru Resos Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan.
                           ii.     Buku Panduan Pengoperasian Program Pendidikan Khas Integrasi 2015.

               (A)    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
                      1.      Mengajar murid bermasalah penglihatan secara individu atau berkumpulan di Bilik
                              Resos  sebelum/serentak/selepas  masa  pengajaran  dan  pembelajaran  di  kelas
                              biasa  bagi  topik-topik  tertentu  yang  sukar  diikuti  oleh  murid  bermasalah
                              penglihatan selaras dengan keperluan individu murid.
   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158