Page 154 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 154

147






                      2.      Mendapatkan maklumat dari guru mata pelajaran untuk tujuan pengukuhan dan
                              pengayaan pada murid semasa pengajaran dan pembelajaran di Bilik Resos.
                      3.      Mengenal pasti, menyelaraskan dan mengambil tindakan sewajarnya berkaitan
                              setiap  perkembangan  semasa  dalam  aspek  keperluan  kurikulum  serta

                              pentaksiran yang melibatkan kepentingan murid bermasalah penglihatan.
                      4.      Menjalankan tugas sebagai guru pendamping di kelas biasa bagi aktiviti amali dan
                              fizikal untuk mata pelajaran dan topik tertentu.
                      5.      Mengajar kemahiran membraille kepada murid yang memerlukannnya.
                      6.      Menjalankan latihan penglihatan terhad (low vision) bagi murid yang masih ada
                              sisa penglihatan.
                      7.      Menjalankan latihan orientasi dan mobiliti serta latihan kemahiran hidup harian
                              kepada murid bermasalah penglihatan.
                      8.      Menjalankan latihan penggunaan deria sentuhan, pendengaran, bau dan rasa.

                      9.      Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran guru resos sekurang-kurangnya
                              dua belas (12) waktu seminggu bagi sekolah menengah dan 15 waktu seminggu
                              bagi sekolah rendah.
                      10.     Waktu  pengajaran  dan  pembelajaran  guru  resos  boleh  dianjalkan  mengikut
                              keperluan pembelajaran murid dan dalam jumlah waktu yang diperuntukkan.

               (B)    PENGURUSAN

                      1.      Membraillekan bahan-bahan cetakan biasa (buku-buku teks, soalan-soalan ujian
                              /peperiksaan, bahan tambahan) mengikut keperluan.
                      2.      Menulis pindah bahan-bahan Braille yang dihasilkan oleh murid untuk diperiksa
                              oleh guru mata pelajaran.
                      3.      Menyediakan gambar rajah timbul secara manual atau dengan bantuan komputer.
                      4.      Menyediakan bahan-bahan cetakan besar dan gambar rajah khas untuk murid
                              penglihatan terhad (low vision).
                      5.      Merakamkan  pelbagai  bahan  audio  bagi  membantu  pengajaran  dan
                              pembelajaran murid di luar masa belajar atau di rumah.

                      6.      Menyelenggarakan peralatan pendidikan khas.
                      7.      Bekerjasama  dengan  guru  lain  di  sekolah  untuk  membantu  murid  bermasalah
                              penglihatan dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan.

               (C)    KELAS BIMBINGAN DAN AKTIVITI-AKTIVITI TAMBAHAN
                      1.      Mengadakan  kelas  bimbingan  tambahan  bagi  murid  yang  akan  menduduki
                              peperiksaan umum.

                      2.      Membimbing  murid  dalam  penggunaan  perisian  teknologi  maklumat  dan
                              komunikasi atau ICT.
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159