Page 152 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 152

145






                     31.  Memberikan  senarai  nama  mengikut  kelas  kepada  guru  kelas  dan  guru  mata
                           pelajaran jika terlibat dengan kursus.
                     32.  Menyemak  senarai  pendaftaran  calon  yang  diterima  daripada  SPP  dan  mengisi
                           borang pembetulan maklumat calon jika berlaku kesilapan.

                     33.  Memastikan markah kerja kursus disediakan dan dihantar oleh guru mata pelajaran
                           LP/JPN.
                     34.  Menerima jadual peperiksaan dan mengedarkan kepada murid.
                     35.  Mengambil slip peperiksaan daripada SPP dan menyerahkannya kepada murid.
                     36.  Mengambil  bahan  peperiksaan,  menyemak  dan  menyusun  kertas  JOB  mengikut
                           tarikh peperiksaan dan mata pelajaran.
                     37.  Menyelia penyusunan tempat peperiksaan dan label meja dengan bantuan guru dan
                           murid.
                     38.  Menyediakan  almari,  jam  dinding,  papan  putih,  pen,  pemadam  dan  papan  tanda

                           peperiksaan (peperiksaan bertulis).
                     39.  Menampal  jadual  waktu  peperiksaan,  senarai  guru  bertugas  dan  pelan  operasi
                           payung di pusat peperiksaan.
                     40.  Menyediakan pusat peperiksaan alternatif bagi menghadapi banjir.
                     41.  Melaksanakan  pelan  menghadapi  banjir  semasa  peperiksaan  awam  (operasi
                           payung).
                     42.  Mengedar slip dan membuat laporan keputusan peperiksaan.

                     43.  Memastikan pelaksanaan PBS berjalan dengan lancar di sekolah.
                     44.  Melaksanakan  tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  PGB/pentadbir  dari  semasa  ke
                           semasa.



                                   PR11 | Penyelaras ICT Lantikan Dalaman

                      RUJUKAN
                  i     Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 3/2005: Penyelarasan Waktu Mengajar Bagi Guru Penyelaras
                        Bestari Serta Guru Perpustakaan dan Media Sekolah.

               1.     Portfolio Penyelaras ICT Lantikan Dalaman (PICTLD (PR11)) diwujudkan di sekolah yang

                      tidak mempunyai Pusat Akses yang diiktiraf oleh BSTP KPM bagi melaksanakan tugas
                      Guru Penyelaras Bestari - HR08.
               2.     Tugas PICTLD (PR11) bukanlah sepenuh masa sebagaimana Guru Penyelaras Bestari
                      - HR08 kerana fokus utama masih kepada tugas PdP.
               3.     Waktu mengajar PICTLD - PR11 boleh dikurangkan atas budi bicara PGB.
   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157