Page 193 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 193

186






                                pelupusan, kehilangan dan hapus kira. Stok bermaksud barang-barang belum
                                guna dan perlu disimpan atau untuk digunakan terus bagi tujuan operasi atau
                                penyelenggaraan. Antara contoh stok termasuk bekalan kertas A4 yang dibeli
                                untuk tempoh setahun perlu diurus mengikut tatacara pengurusan stok yang

                                telah ditetapkan. Pegawai lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan
                                stok ialah Pegawai Stor, Pegawai Pelulus Pengeluaran Stok dan Pemverifikasi
                                Stor.

                           d.   Menyediakan  laporan  suku  tahun  pengurusan  aset  dan  stor  menggunakan
                                format  Pekeliling  Perbendaharaan  Malaysia  AM  1.1  (Lampiran  A)  untuk
                                dibentangkan  dalam  Mesyuarat  JKPAK.  Mesyuarat  JKPAK  hendaklah
                                dilaksanakan sekurang-kurangnya satu (1) kali dalam tempoh tiga (3) bulan.
                                **sekolah  bukan  Pusat  Tanggungjawab  (PTJ)  tidak  perlu  melaksanakan

                                mesyuarat tetapi hanya perlu menyediakan laporan suku tahun pengurusan
                                aset dan stor menggunakan format Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM
                                1.1 (Lampiran A). Laporan hendaklah dikemukakan kepada PPD.


                           e.   Menyediakan  laporan  suku  tahun  pengurusan  aset  dan  stor  menggunakan
                                format  Pekeliling  Perbendaharaan  Malaysia  PS  5.1  (Lampiran  B)  untuk
                                dibentangkan  dalam  Mesyuarat  JPKA.  Mesyuarat  JPKA  hendaklah
                                dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga (3) bulan.

                        **Sekolah  bukan  Pusat  Tanggungjawab  (PTJ)  tidak  perlu  melaksanakan  mesyuarat
                        tetapi  hanya  perlu  menyediakan  laporan  suku  tahun  pengurusan  aset  dan  stor
                        menggunakan  format  Pekeliling  Perbendaharaan  Malaysia  PS  5.1  (Lampiran  B).
                        Laporan hendaklah dikemukakan kepada PPD.




                              JR05 | JK Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

                     RUJUKAN
                        i.     Surat Siaran KPM Bilangan 9 tahun 2015: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
                       ii.     Surat  Siaran  Tahun  2018:  Pelaksanaan  Standard  Kualiti  Pendidikan  Malaysia  Gelombang  2
                            (SKPMg2).
                       iii.     Instrumen Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK) KPM.
                       iv.     Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK) KPM.
   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197   198