Page 194 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 194

187






               1.    Meneliti dan memahami semua dokumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
                     dan Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK).
               2.    Memastikan data/maklumat berkaitan sekolah dan prasekolah dikemas kini.

               3.    Menyelaraskan pelaksanaan penarafan kendiri.
               4.    Menyelaraskan  aktiviti  pengumpulan,  penyemakan  dan  pengemaskinian  maklumat
                     berdasarkan standard yang telah ditetapkan secara berkala.
               5.    Memastikan setiap ahli Pasukan Pelaksana  Standard (PPS) menyedia, dan menyimpan
                     evidens yang berkaitan dan kemas kini.
               6.    Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.
               7.    Mematuhi tarikh aktiviti pengumpulan maklumat dilaksanakan mengikut jadual yang telah
                     ditetapkan.
               8.    Membekalkan laporan SKPM dan SKPK kepada PPD, JPN atau KPM mengikut keperluan.
               9.    Menyelaraskan tindakan penambahbaikan berdasarkan Laporan Kualiti SKPM dan SKPK.




                                      JR06 | JK Pendidikan Khas Sekolah

                           RUJUKAN
                      i.     Akta Pendidikan 1996
                      ii.     Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 2013).
                     iii.     Surat Siaran KPM. BPKHAS. 200-101016 Jld 4(2) Bil 10 Tahun 2014 : Pelaksanaan Program
                          Pendidikan Inklusif
                     iv.     Surat Siaran KPM Bil 8 Tahun 2019 : Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (Model Holistik)
                          Murid Berkeperluan Khas (MBK) secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2020
                      v.     Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif (PPI) Murid Berkeperluan Khas (MBK)


               1.    Mengurus dan menyediakan sokongan kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK).
               2.    Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) .
                     a.    Bagi  sekolah  yang  mempunyai  PPKI,  Jawatankuasa  Pendidikan  Khas  Sekolah
                           (JPKS)  boleh  melantik  guru  PPKI  sebagai  guru  pendamping  kepada  MBK  dalam
                           kelas Inklusif.
                     b.    Surat pelantikan sebagai guru pendamping dikeluarkan oleh pentadbir sekolah.
               3.    Mencadangkan kelas yang sesuai mengikut tahap keupayaan murid.

               4.    Menentukan penempatan MBK ke kelas Inklusif.
               5.    Memperakukan dan mengesahkan Laporan Penilaian Tempoh Percubaan tidak melebihi
                     tiga bulan bagi menentukan kesesuaian penempatan MBK mengikuti pendidikan khas.
               6.    Bertindak sebagai panel rayuan bagi ibu bapa/penjaga yang tidak berpuas hati dengan
                     keputusan Laporan Penilaian Tempoh Percubaan tidak melebihi tiga bulan.
   189   190   191   192   193   194   195   196   197   198   199