Page 66 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 66

59






                           1.8     Memeriksa rekod mengajar guru dan rekod kemajuan murid/buku profil dari
                                   semasa ke semasa.
                           1.9     Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu.
                           1.10    Menentukan keberkesanan penggunaan Pusat Sumber Sekolah.

                           1.11    Memastikan  panitia  mata  pelajaran  melaksanakan  strategi  dan  program
                                   pendidikan dengan berkesannya.
                           1.12    Memastikan polisi peperiksaan awam dilaksanakan mengikut peraturan.
                           1.13    Memastikan  pelaksanaan  amalan  Melindungi  Masa  Instruksional  (MMI)
                                   diuruskan dengan baiknya agar pembelajaran murid berterusan.

                     (2)   PENGURUSAN PEMBANGUNAN DIRI MURID
                           2.1         Hal Ehwal Murid
                                   2.1.1      Memastikan dasar pengurusan hal ehwal murid  berlandaskan

                                              Dasar Pendidikan Negara, undang-undang dan peraturan serta
                                              perkembangan terkini.
                                   2.1.2      Memastikan  program  hal  ehwal  murid  berasaskan  prinsip
                                              perkembangan fisiologi, psikologi, intelek, emosi dan kerohanian
                                              murid.
                                   2.1.3      Memastikan  pengurusan  aktiviti  berkaitan  hal  ehwal  murid
                                              (kebajikan dan bantuan) berasaskan prinsip dan peraturan.

                                   2.1.4      Merancang pelaksanaan strategi untuk meningkatkan prestasi
                                              hal ehwal murid.
                                   2.1.5      Memastikan  pelaksanaan  aktiviti  kebajikan,  keselamatan,
                                              keselesaan,  disiplin,  kesejahteraan  dan  keharmonian  murid
                                              dilaksanakan.
                                   2.1.6      Berkomunikasi  secara  berkesan  dengan  murid,  ibu  bapa  dan
                                              penjaga.
                                   2.1.7      Menjalankan penilaian dan penambahbaikan program hal ehwal
                                              murid secara berterusan.

                                   2.1.8      Menangani konflik guru dan murid.
                                   2.1.9      Memastikan rekod pendaftaran murid pindah masuk dan pindah
                                              keluar  sentiasa  dikemas  kini  di  dalam  sistem  yang  sedang
                                              berkuat kuasa.
                                   2.1.10     Memastikan  kehadiran  murid  dikunci  masuk  ke  dalam  sistem
                                              mengikut arahan yang sedang berkuat kuasa.
                                   2.1.11     Memastikan  program-program  kesihatan  dijalankan  dengan

                                              sempurna.
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71