Page 69 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 69

62






                           4.9     Melakukan pemeriksaan mengejut AP309 ke atas peti besi, bilik kebal, peti
                                   wang tunai, laci dan lain-lain bekas yang menyimpan wang tunai, setem,
                                   buku cek dan sebagainya serta direkodkan di dalam Daftar Pemeriksaan
                                   Mengejut sekurang-kurangnya setiap enam (6) bulan.

                           4.10    Mengurus pelantikan/surat kuasa menjalankan tugas berdasarkan tatacara
                                   berkaitan  bagi tugas  Pegawai  Aset,  Lembaga  Pelupusan  Aset,  Juruaudit
                                   Dalam, Jawatankuasa Sebutharga, ahli JK Pengurusan  Kewangan, Akaun
                                   dan  Aset    Sekolah  (JKPKAS)  dan  pegawai  yang  menjalankan  tugas
                                   kewangan dan akaun.
                           4.11    Menjawab pertanyaan audit secara bertulis dalam masa 30 hari (AP306).
                           4.12    Menjalankan  mesyuarat  JK  Pengurusan  Kewangan,  Akaun  dan  Aset
                                   Sekolah (JKPKAS) mengikut kekerapan dan agenda ditetapkan.
                           4.13    Mengambil  tindakan  sewajarnya  bagi  kehilangan  wang  dan  aset  selaras

                                   dengan peraturan AP315 dan TPA/TPS.

                     (5)     PENGURUSAN PERSEKITARAN DAN KEMUDAHAN FIZIKAL
                           5.1     Memastikan dasar pengurusan persekitaran dan kemudahan fizikal sekolah
                                   berlandaskan undang undang, pekeliling am dan peraturan yang berkaitan
                                   serta perkembangan terkini.
                           5.2     Memastikan  pengurusan  persekitaran  dan  kemudahan  fizikal  sekolah

                                   berlandaskan prinsip dan peraturan.
                           5.3     Melaksanakan  strategi  untuk  meningkatkan  keadaan  persekitaran  dan
                                   kemudahan fizikal.
                           5.4     Memastikan penyimpanan stok dan inventori yang kemas kini berdasarkan
                                   kaedah terbaru.
                           5.5     Membudayakan  tabiat  selenggara  dan  penyelenggaraan  dalam  kalangan
                                   staf dan murid.
                           5.6     Memastikan  keadaan  fizikal  perabot,  bangunan,  padang,  pagar,  bekalan
                                   utiliti  dan  persekitaran  sekolah  berada  dalam  keadaan  berfungsi  dan

                                   selamat.
                           5.7     Memastikan kemudahan murid, guru dan staf lengkap dan mencukupi.
                           5.8     Menjalankan  penilaian  dan  penambahbaikan  prestasi  pengurusan
                                   persekitaran dan kemudahan fizikal secara berterusan.
                           5.9     Memastikan  langkah-langkah  untuk  menjaga  keselamatan  harta  aset
                                   kerajaan dilaksanakan mengikut prosedur yang betul.
                           5.10    Mengawal  selia  dan  mengesahkan  prestasi  perkhidmatan  kontraktor

                                   kebersihan dan keselamatan sekolah.
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74