Page 70 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 70

63






                     (6)   PENGURUSAN PENTADBIRAN PEJABAT
                           6.1     Mematuhi  perintah  am,  undang-undang,  peraturan  dan  pekeliling  yang
                                   berkaitan  serta  perkembangan  terkini  dalam  pengurusan  pentadbiran
                                   pejabat.

                           6.2     Memastikan  pengurusan  pentadbiran  pejabat  yang  cekap  berlandaskan
                                   prinsip dan peraturan.
                           6.3     Melaksanakan  strategi  untuk  meningkatkan  prestasi  pengurusan
                                   pentadbiran pejabat.
                           6.4     Menggunakan  maklumat,  pendekatan  dan  teknologi  terkini  dalam
                                   pengurusan pentadbiran pejabat.
                           6.5     Mengurus maklumat dan data untuk membuat keputusan penambahbaikan.
                           6.6     Mengurus tadbir penggunaan alat, kelengkapan dan kemudahan pejabat.
                           6.7     Menjalankan penilaian dan penambahbaikan prestasi pentadbiran pejabat

                                   secara berterusan.

               (D)  PEMBANGUNAN KENDIRI

                     1.    Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.
                     2.    Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah.
                     3.    Menghasilkan artikel-artikel yang berkaitan bidang ikhtisas dan pengurusan.

                     4.    Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti.
                     5.    Memberi  sumbangan  kepakaran  dalam  bidang  pendidikan  kepada  yang
                           memerlukannya.
                     6.    Menjadi penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Pemuafakatan Sekolah.
                     7.    Menghadiri    kursus,   seminar    dan    sebagainya    yang    dianjurkan   oleh
                           kementerian/jabatan dan agensi-agensi luar.
                     8.    Melibatkan diri secara aktif dalam majlis/persatuan yang berkaitan dengan profesion
                           keguruan/kepengetuaan.



                                TUGAS UTAMA (KHUSUS)

               (A)  GURU BESAR CEMERLANG
                     (Tugas-tugas khusus selain daripada Bidang Kompetensi, Bidang Tugas & Senarai
                     Tugas)
                     1.    Menjadi mentor kepada PGB di sekolah lain untuk meningkatkan kualiti pengurusan

                           dan pencapaian akademik murid.
                     2.    Menjadi pakar rujuk kepada PGB dan guru-guru di peringkat zon, daerah dan negeri.
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75