Page 34 - 3.0 Pemakanan Sihat Kanak-Kanak (REHAN SEM 1/ 2021)
P. 34
Kenapa pemakanan
itu penting?
➢ Jika anda inginkan tubuh dan minda yang sihat untuk anak
anda, maka memahami pemakanan adalah perkara yang
paling penting. Pemakanan yang baik boleh mengekalkan
kesihatan mental dan fizikal anak anda serta untuk
perkembangannya. Dietnya mesti mengandungi karbohidrat,
protein, lemak, vitamin dan mineral yang mencukupi.
➢ Membina tulang yang kuat
Pemakanan memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan tulang anak anda sepanjang hayat. Semasa
tulang anak anda membentuk, begitu juga dengan
ketinggiannya! Tulang adalah tisu yang hidup dan
berkembang; zaman kanak-kanak dan awal remaja adalah
masa yang terbaik untuk membina tulang. Pastikan
pemakanan anak anda mengandungi jumlah kalsium dan
vitamin D yang mencukupi. Nutrien-nutrien ini boleh didapati
dalam susu dan produk tenusu seperti keju dan yogurt. Anda
juga harus menggalakkan anak anda untuk mendapatkan
cahaya matahari di luar rumah kerana matahari membekalkan
vitamin D yang semula jadi.

