Page 36 - 3.0 Pemakanan Sihat Kanak-Kanak (REHAN SEM 1/ 2021)
P. 36

➢ Membina otot

                 Semasa anak anda membesar dan berkembang,

                 dia akan menjadi semakin aktif. Kanak-kanak

                 yang aktif memerlukan otot yang sihat untuk

                 memastikan pergerakan selamat. Untuk

                 membina dan membaiki tisu otot, berikan anak

                 anda diet yang mengandungi protein yang

                 mencukupi. Protein boleh didapati dalam daging

                 tanpa lemak seperti daging, ayam dan ikan telur,

                 keju, susu, kacang dan kekacang.


             ➢ Tenaga untuk badan
                 Makanan yang anak anda makan akan


                 membekalkan tenaga untuk keperluan tubuhnya.
                 Karbohidrat merupakan sumber tenaga yang


                 utama. Berikan anak anda karbohidrat kompleks
                 yang bukan sahaja membekalkan tenaga tetapi


                 juga serat, vitamin dan mineral. Contoh yang
                 baik termasuk bijrin (sebaik-baiknya jenis bijirin


                 penuh) seperti nasi perang, roti bijirin penuh,
                 oat, bijirin sarapan, mi dan pasta.
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40