Page 37 - 3.0 Pemakanan Sihat Kanak-Kanak (REHAN SEM 1/ 2021)
P. 37

➢ Mencegah obesiti dan penyakit gaya hidup kronik!

                    Memberi anak anda makanan yang sihat dan

                    seimbang dapat mencegah obesiti dan penyakit
                    kronik seperti diabetes, penyakit jantung, kolesterol

                    tinggi dan hipertensi, dan juga sesetengah kanser!

                    Pelajari tentang saiz hidangan yang betul dari usia
                    awal dan pengamalan pemakanan sihat dan

                    seimbang akan membantu mengelakkan anak-anak

                    anda daripada menjadi obes apabila dewasa. Berat
                    badan yang berlebihan menyebabkan seseorang

                    berisiko untuk menghidapi penyakit-penyakit ini dan

                    juga mempunyai keyakinan diri yang rendah.




                ➢ Makanan yang menyihatkan…

                    Pemakanan yang baik pada awal kehidupan kanak-

                    kanak dikaitkan dengan prestasi yang lebih baik di
                    sekolah serta di kemudian hari nanti. Kanak-kanak

                    yang kekurangan nutrien mempunyai ketahanan atau

                    imuniti yang lebih rendah untuk melawan jangkitan,
                    kerana itu mereka lebih kerap jatuh sakit, tidak hadir

                    ke sekolah, dan gagal melengkapkan kerja sekolah.
   32   33   34   35   36   37   38   39   40