Page 38 - 3.0 Pemakanan Sihat Kanak-Kanak (REHAN SEM 1/ 2021)
P. 38

➢ Sebagai ibu bapa, anda boleh membantu mencegah

                  anak anda daripada masalah kekurangan nutrien
                  dengan menyediakan makanan yang seimbang. Ingat,

                  anda tidak memerlukan ijazah kimia atau perubatan

                  untuk melakukannya. Anda hanya perlu bermula
                  dengan memilih dan memasak makanan yang

                  mengandungi nutrien penting yang diperlukan untuk

                  pembesaran dan perkembangan anak anda. Gunakan

                  Piramid Makanan Malaysia atau Panduan Diet
                  Malaysia sebagai panduan untuk membantu anda.

              ➢ Anda perlu ingat bahawa aktiviti fizikal juga penting

                  untuk kesihatan fizikal dan psikologi anak anda yang

                  menyeluruh. Galakkannya melakukan aktiviti seperti

                  membantu anda di sekitar rumah, bermain bola,
                  bermain kejar-kejar, atau berseronok di taman

                  permainan. Kanak-kanak juga perlu melakukan

                  aktiviti fizikal yang berintensiti sederhana seperti
                  berbasikal, berenang atau mengambil bahagian

                  dalam sukan seperti bola sepak, badminton atau bola

                  keranjang sekurang-kurangnya 5-6 kali seminggu.
   33   34   35   36   37   38   39   40