Page 36 - Sains Tingkatan 1
P. 36
e
a P
e
p
a P
n
a
a P
n ke
y
y
i
y
ad
n
e
n
n
a
na
na
k
a
i
ge
n ke
b
ge
ad
a
ad
ad
l
p
p
l
p
i
in
in
t
ta
in
a
a
a
a
k
ifi
k
k
ifi
t
t
ifi
n S
as
a
a
e
a
as
a P
i
as
as
n S
n S
i
n S
y
ta
ta
n
ta
b 1: P
b 1: P
n
b 4: P
ge
na
ge
ge
P Ba
e P Ba
Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik a in t ifi k
Bab 4: Pembiakann kepada Penyiasatan Saintifik
n
n
e P Ba
e
a
m
a
n
n ke
n ke
n
a
e
e
na
na
l
l
e
l
1.8
Tujuan: Mengukur, mengguna dan mengendalikan peralatan yang lebih jitu dengan betul
Bahan dan radas: Angkup vernier, tolok skru mikrometer, penimbang digital, ammeter
digital, termometer digital, termometer klinik.
Arahan
1. Jalankan aktiviti secara berkumpulan.
2. Setiap kumpulan perlu menjalankan aktiviti pengukuran di dalam makmal dengan
menggunakan alat pengukur yang lebih jitu.
(a) Mengukur ketebalan buku Sains Tingkatan 1 dengan skala vernier dan tolok
skru mikrometer
(b) Menyukat jisim buku Sains Tingkatan 1 dengan penimbang digital
(c) Mengukur arus elektrik dengan ammeter digital
(d) Menyukat suhu badan dengan termometer klinik dan termometer digital
3. Setiap kumpulan perlu mengambil bacaan sebanyak tiga kali untuk mendapatkan bacaan
yang jitu. Nyatakan bacaan purata yang diperoleh murid di dalam jadual di bawah.
Kemudian, buat perkaitan antara nilai senggatan alat pengukur dengan kejituan bacaan.
Pastikan unit dicatatkan.
Alat pengukur Bacaan 1 Bacaan 2 Bacaan 3 Purata
Nilai senggatan terkecil:
4. Setiap kumpulan perlu membandingkan nilai bacaan yang diperoleh daripada Aktiviti
1.7 dengan bacaan yang diperoleh dalam aktiviti ini dari segi kejituan, kepersisan dan
kepekaan dalam bentuk jadual seperti yang berikut. Kaitkan nilai senggatan terkecil
dengan nilai kepekaan.
Kuantiti Alat pengukur Bacaan Kejituan Kepersisan Kepekaan
pengukuran purata
Pembaris
Ketebalan Angkup vernier
buku Tolok skru
mikrometer
Neraca tiga alur
Jisim buku
Penimbang digital
Ammeter
Arus elektrik
Ammeter digital
Termometer klinik
Suhu badan
Termometer digital
5. Bentangkan hasil dapatan anda di dalam kelas.
Soalan
1. Antara pembaris, angkup vernier dan tolok skru mikrometer, yang manakah lebih peka?
2. Antara neraca tiga alur dan penimbang digital, alat yang manakah dapat memperoleh
bacaan yang lebih persis dan jitu?
25
Bab 1
Bab 1 25

