Page 37 - Sains Tingkatan 1
P. 37

Bagaimanakah Mengurangkan Ralat Sistematik dan Ralat Rawak?

                                                             Ralat


                               Ralat sistematik                                Ralat rawak
                   Ralat yang malar pada sesuatu alat pengukur   Ketidakpastian pengukuran yang disebabkan
                   yang diperoleh setiap kali pengukuran.       oleh pemerhati semasa membuat pengukuran.
                   Contoh:                                      Contoh:
                   •  Ralat sifar                               •  Ralat paralaks
                   •  Alat pengukur yang tidak jitu             •  Kecuaian pemerhati semasa
                                                                  mengambil bacaan
                                                                •  Salah teknik

                   Cara mengatasi:                              Cara mengatasi:
                   •  Mengendalikan eksperimen dengan           •  Mengurangkan ralat dengan mengambil
                     berhati-hati                                 bacaan ukuran untuk beberapa kali dan
                   •  Mengulangi eksperimen dengan                mengambil nilai bacaan purata
                     menggunakan alat pengukur yang berbeza     •  Mengurangkan kesan ralat paralaks, mata
                                                                  pemerhati hendaklah berserenjang dengan
                                                                  skala alat pengukur.



                   Membuat Anggaran Sebelum Membuat Pengukuran Sebenar
                   Apabila alat pengukur yang sesuai tidak dijumpai oleh seseorang saintis semasa
                   menjalankan kajian atau penyiasatan saintifik, cara yang terbaik adalah dengan membuat
                   anggaran terlebih dahulu, kemudian barulah diikuti dengan penggunaan alat yang lebih
                   tepat dan jitu.

                  a    Membuat anggaran panjang



                                           1.9
                      Tujuan: Membuat perkaitan antara kemahiran membuat anggaran dengan
                      pengukuran sebenar
                      Bahan dan radas: Pensel dan pembaris
                      Arahan

                      1.  Ukur panjang sebatang pensel = p cm.
                      2.  Ukur panjang meja dengan pensel tersebut.
                         Panjang meja = bilangan pensel × p
                      3.  Kemudian, ukur panjang meja dengan pembaris.
                      4.  Catatkan ukuran panjang meja dengan pembaris. Rajah 1.18 Menganggarkan panjang meja

                      Soalan
                      Apakah perbezaan antara ukuran panjang meja dengan pensel (ukuran anggaran) dengan
                      ukuran panjang meja dengan pembaris (ukuran sebenar)?


                    26
                    26   Bab 1
                         Bab 1
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42