Page 39 - Sains Tingkatan 1
P. 39

1.4

                      1.  Apakah bacaan tolok skru mikrometer di bawah?
                        (a)                        (b)                10
                            0        5       30         0
                                                                      5
                                             25
                      2.  Anggarkan luas lukisan tapak tangan di sebelah jika setiap
                        petak mewakili keluasan 1 cm × 1 cm atau 1 cm .
                                                                  2
                      3.  Chong berdiri di atas suatu penimbang. Nilai yang
                         ditunjukkan ialah 55 kg. Apakah maksud nilai ini?



                   Teknologi dan Inovasi dalam Alat Pengukuran
                   Menyukat tekanan darah menjadi begitu mudah dengan
                   Monitor Tekanan Darah Digital (Gambar foto 1.24).
                   Dengan bantuan alat ini, pesakit yang mengalami
                   masalah tekanan darah dapat mengetahui bacaan
                   tekanan darah yang tepat dalam hanya beberapa saat
                   tanpa perlu ke hospital atau klinik. Apakah contoh
                   inovasi lain dalam alat pengukur?




                                                                           Gambar foto 1.24 Alat menyukat
                                                                                          tekanan darah
                     1.5         Ketumpatan




                    •  Menyusun bahan mengikut urutan berdasarkan ketumpatan.
                    •  Meramalkan sama ada bahan akan terapung atau tenggelam berdasarkan ketumpatan.
                    •  Mendefinisikan secara operasi maksud ketumpatan.
                    •  Mengira ketumpatan dengan menggunakan rumus ketumpatan = jisim/isi padu dan kaedah sesaran air.
                    •  Menerangkan fenomena yang berkaitan dengan perbezaan ketumpatan dalam kehidupan seharian.
                    •  Membuat inovasi objek, makanan atau minuman menggunakan konsep ketumpatan.

                   Lihat gambar foto di sebelah. Mengapakah
                   manusia boleh terapung di permukaan Laut
                   Mati? Hal ini demikian kerana Laut Mati
                   mengandungi garam yang sangat banyak
                   sehingga menyebabkan air lautnya sangat
                   tumpat berbanding laut biasa. Apakah
                   ketumpatan? Ketumpatan sesuatu bahan
                   ialah jisim per unit isi padu bahan tersebut.

                                                                Gambar foto 1.25 Ketumpatan air Laut Mati sangat
                                                                   tinggi sehingga menyebabkan orang terapung
                    28
                    28   Bab 1
                         Bab 1
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44