Page 139 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 139
Keratan akhbar tentang hartal.
Sumber: Syed Husin Ali, 2017. Sejarah Rakyat
(Khususnya Perkembangan Nasionalisme)
Malaysia. Petaling Jaya: Strategic Information
and Research Development Centre.
Perhimpunan ahli AMCJA di Singapura. BAB
Sumber: Ramlah Adam, Abdul Hakim Samuri
dan Muslimin Fadzil. 2007. Sejarah Tingkatan 5
3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
• British telah menolak Perlembagaan Rakyat dan menerima Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu yang digubal oleh Jawatankuasa Kerja.
• PUTERA-AMCJA telah menganjurkan hartal pada 20 September 1947 yang meminta
semua peniaga menutup kedai sebagai tanda bantahan.
• Tarikh 20 Oktober 1947 merupakan tarikh yang dipilih untuk Hari Hartal Se-Malaya.
• Menerusi sokongan Dewan Perniagaan Cina, hartal dilaksanakan di bandar utama di Tanah
Melayu.
Jawatankuasa Kerja yang merangka Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu tidak disenangi oleh golongan nasionalis
Melayu radikal dan golongan bukan Melayu kerana
tidak melibatkan semua pihak. Golongan ini bergabung
dan mengemukakan Perlembagaan Rakyat. Namun begitu, Hartal ialah tindakan tutup kedai
British menerima Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. dan memberhentikan semua kegiatan
ekonomi oleh peniaga. Protes tanpa
keganasan ini telah diadakan dengan
cara menutup semua premis yang
beroperasi seperti kilang, kedai,
sekolah, pejabat dan ladang.
131
131

