Page 138 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 138
Cadangan PUTERA-AMCJA
PUTERA-AMCJA menentang rangka Perjanjian Persekutuan 1948. Gabungan ini tidak bersetuju
dengan perwakilan Jawatankuasa Kerja yang hanya diwakili oleh UMNO, Raja-raja Melayu
dan British. Mereka mencadangkan Perlembagaan Rakyat sebagai alternatif kepada Perjanjian
Persekutuan 1948.
Cadangan PUTERA meliputi Cadangan AMCJA meliputi perkara yang berikut:
perkara yang berikut:
• Penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura.
• Kedudukan Bahasa Melayu. • Sebuah kerajaan pusat yang kuat.
• Pertahanan dan hal ehwal luar • Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.
negeri. • Kemajuan politik dan ekonomi orang Melayu.
• Syarat kewarganegaraan • Adat istiadat dan agama Islam.
Tanah Melayu. • Syarat kewarganegaraan.
• Bendera dan lagu kebangsaan.
Sumber: Syed Husin Ali, 2017. “The Sumber: Ramlah Adam, 2009. Gerakan Radikalisme di Malaysia. Kuala
5 Relevance of The Peoples Constitutional Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Proposals Today” dlm. The Peoples
Constitutional Proposals for Malaya. Kuala
BAB Lumpur: SIRD. Pada akhir bulan Mac 1947, cadangan PUTERA
dan AMCJA ini digabungkan untuk membentuk
Perlembagaan Rakyat.
Perlembagaan Rakyat
Pada bulan Julai 1947, PUTERA-AMCJA mengadakan pertemuan untuk mengemukakan draf
Perlembagaan Rakyat. Antara kandungan Perlembagaan Rakyat termasuklah:
1. Tanah Melayu disatukan dengan Singapura.
2. Penubuhan sebuah Dewan Perundangan Pusat dan majlis-majlis negeri yang dipilih bagi
seluruh Tanah Melayu.
3. Kewarganegaraan yang sama bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat
tinggal tetap dan sanggup mencurahkan kesetiaan tanpa berbelah bahagi.
4. Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan yang bertanggungjawab kepada rakyat dan
menerima nasihat melalui Majlis Mesyuarat.
5. Hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu diketuai sepenuhnya oleh orang Melayu melalui
Majlis Khas.
6. Perhatian khas hendaklah diberikan kepada kemajuan politik dan ekonomi orang Melayu.
7. Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal bagi
Tanah Melayu.
8. Hal ehwal luar negeri dan pertahanan hendaklah menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Tanah
Melayu dan kerajaan British.
9. Kewarganegaraan Malaya haruslah dinamakan Melayu.
10. Warna merah dan putih haruslah dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan
Tanah Melayu.
Sumber: Syed Husin Ali, 2017. “The Relevance of The Peoples Constitutional Proposals Today” dlm. The Peoples Constitutional
Proposals for Malaya. Kuala Lumpur: SIRD.
130
130

