Page 136 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 136

Gerakan Nasionalis Melayu Radikal


                  Golongan nasionalis Melayu radikal membidas kerajaan British kerana menjalankan perundingan
                  secara tertutup dengan UMNO. Pihak British mengetepikan PKMM daripada Jawatankuasa Kerja
                  tersebut. Golongan ini bergabung membentuk Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA).

                  Gabungan PUTERA terdiri daripada beberapa pertubuhan Melayu seperti yang berikut:
                     •   Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dipengerusikan oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi.
                     •   Angkatan Pemuda Insaf (API) diterajui oleh Ahmad Boestamam sebagai presiden.
                     •   Gerakan Angkatan Muda (GERAM) diketuai oleh Aziz Ishak dan Abdul Samad Ismail.
                     •   Hizbul Muslimin diketuai oleh Abu Bakar al-Baqir.
                     •   Barisan Tani Malaya (BATAS) diketuai oleh Musa Ahmad.
                     •   Angkatan Wanita Sedar (AWAS) diketuai oleh Shamsiah Fakeh.






             5


            BAB                                                                            Abu Bakar al-Baqir


                    Dr. Burhanuddin                       Aziz Ishak
                       al-Helmi
                                     Ahmad Boestamam                   Abdul Samad Ismail


                  Gabungan PUTERA-AMCJA

                  Golongan bukan Melayu menubuhkan All Malaya Council of Joint Action
                  (AMCJA). Pengerusinya ialah Tan Cheng Lock. Golongan ini menganggap
                  British  tunduk kepada  tuntutan  UMNO. Mereka  beranggapan  penubuhan
                  Jawatankuasa Kerja ini tidak demokratik. AMCJA kemudiannya bergabung
                  dengan PUTERA. AMCJA terdiri daripada:
                     •   Pan-Malayan Federation of  Trade Union (PMFTU).  Setiausahanya
                        ialah Chan Loo.
                                                                                          Tan Cheng Lock
                     •   Malayan Democratic Union (MDU) dipengerusikan oleh John Eber.
                     •   Malayan  Indian  Congress (MIC) diketuai  oleh  John  Thivy
                        sebagai presiden.
                      Kumpulan ini menolak  perjanjian  persekutuan.  AMCJA membantah
                  kerana Jawatankuasa Kerja tidak mempunyai wakil bukan Melayu.
                  PUTERA dan  AMCJA menganggap Perlembagaan  Persekutuan sebagai
                  tidak demokratik, mengukuhkan British dan perkauman. Pada bulan Julai
                  1947, cadangan  perlembagaan  yang  telah  disemak  oleh  Jawatankuasa
                  Kerja diumumkan kepada awam. Gabungan PUTERA-AMCJA menentang
                  cadangan perlembagaan tersebut secara terbuka.
                                                                                            John Thivy




                    128
   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141