Page 141 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 141
3 Sokongan Pentadbir British
•
Pentadbir British menyokong konsep persekutuan kerana dapat mewujudkan keamanan,
kestabilan dan kemajuan ekonomi.
• Terdapat pegawai tinggi British mendorong British membentuk Persekutuan Tanah Melayu.
Antaranya termasuklah Sir Edward Gent, Malcolm MacDonald, Sir Ralph Hone, Gammans,
A.T. Newboult, Roland Braddell, W. Linehan dan Theodore Adams.
• Sir Ralph Hone mencadangkan agar British melibatkan Raja-raja Melayu dalam pentadbiran
berasaskan perlembagaan. Misalnya, memberikan kuasa tertentu kepada sultan dalam Majlis
Negeri dan Majlis Perundangan.
• Pada bulan Mei 1946, Sir Edward Gent bertemu dengan wakil UMNO di Pulau Pinang. Seterusnya,
pada 18 Julai 1946, di King’s House, Kuala Lumpur, British memberikan peluang kepada
Dato’ Onn Jaafar dan Raja-raja Melayu mengemukakan cadangan balas.
• Pembentukan Persekutuan mewujudkan politik yang stabil. Keadaan ini akan mendorong pelabur
luar untuk melabur di negara ini.
• Pada masa yang sama, British perlu melaksanakan dasar dekolonisasi yang disarankan oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Piagam Atlantik. 5
BAB
Membuat Interpretasi
Bagaimanakah Persekutuan
Tanah Melayu 1948 dibentuk?
Sir Edward Gent berucap selepas Raja-raja Melayu menandatangani
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 pada 21 Januari 1948. Dekolonisasi
Sumber: Wendy Khadijah Moore, 2004. Malaysia: A Pictorial History Proses ke arah berkerajaan
1400–2004. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia dan The New Straits
Times Press. sendiri.
Bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union
dan cadangan Raja-raja Melayu supaya Malayan Piagam Atlantik telah diisytiharkan pada
Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu bulan Ogos 1941. Piagam ini dirangka
mendapat perhatian dan simpati daripada pentadbir oleh Britain dan Amerika Syarikat. Prinsip
piagam ini berkaitan dengan matlamat
British. Bantahan ini menyedarkan kerajaan British
pelan tindakan untuk dunia selepas
bahawa Malayan Union telah ditolak oleh penduduk
berlakunya peperangan supaya tiada lagi
tempatan dari segenap lapisan.
peluasan wilayah.
133
133

