Page 144 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 144

5.4  Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

                  Perjanjian Persekutuan  Tanah Melayu  1948  berjaya mengembalikan  kedudukan Raja-raja
                  Melayu  seperti sebelum  perang, menjaga  kedudukan  istimewa  orang Melayu,  membuka  ruang
                  kewarganegaraan dan mewujudkan perpaduan kaum di negara kita.

                  Mengembalikan Kedudukan Raja-raja Melayu


                    •  Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu semula.
                    •  Majlis Raja-Raja diwujudkan melalui peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
                       Majlis ini dipengerusikan oleh seorang daripada Raja-raja Melayu. Keanggotaannya terdiri
                       daripada sembilan orang Raja Melayu.
                    •  Pesuruhjaya Tinggi memastikan bahawa raja perlu dirujuk terhadap perkara dalam bidang
                       kuasa kerajaan Persekutuan.


                  Menjaga Kedudukan Istimewa Orang Melayu
             5
                  Pembentukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengiktiraf kedudukan istimewa orang
            BAB   Melayu dan kepentingan sah kaum lain.


                  Membuka Ruang Kewarganegaraan


                  Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 membuka ruang kepada orang bukan Melayu menjadi
                  warganegara. Orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal yang diberikan kedudukan istimewa.
























                   Raja-raja Melayu bergambar di hadapan King’s House, Kuala Lumpur pada 21 Januari 1948, selepas menandatangani
                   perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
                   Dari kiri: Dato’ Undang Rembau, Dato’ Undang Jelebu, Sultan Ismail (Terengganu), Tuanku Syed Putra Jamalullail
                   (Raja  Perlis),  Sultan  Abdul  Aziz  (Perak),  Tuanku  Abdul  Rahman  (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan),
                   Sir Edward Gent, Sultan Abu Bakar (Pahang), Sultan Hisamuddin Alam Shah (Selangor), Sultan Badlishah (Kedah),
                   Sultan Ibrahim (Kelantan), Dato’ Kelana Sungai Ujong, Dato’ Undang Johol dan Tengku Besar Tampin.
                   Sumber: Wendy Khadijah Moore, 2004. Malaysia: A Pictorial History 1400–2004. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia dan
                   The New Straits Times Press.

                    136
                    136
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149