Page 110 - Geografi_Tingkatan_4
P. 110
7.4.3 Kesan Luluh Hawa Biologi terhadap Pandang Darat Gurun
Panas dan Kawasan Tropika Lembap
Kawasan Gurun
● Luluh hawa biologi kurang dominan
kerana kekurangan tumbuhan, haiwan
pengorek tanah dan aktiviti manusia
seperti perlombongan dan pembinaan.
● Contoh Gurun Atacama (Pantai Pasifik
Amerika Selatan) dan Gurun Great
Victoria (Australia).
Foto 7.8 Gurun Atacama (Pantai Pasifik Amerika Selatan)
Kawasan Tropika Lembap
Pemecahan batuan kepada serpihan kecil
● Aktiviti kuari, pembinaan jalan raya, terowong dan peneresan bukit untuk pertanian
mempercepatkan pemecahan batuan kepada serpihan kecil.
● Contoh peneresan bukit di Cameron Highlands (Pahang).
● Akar tumbuhan yang masuk ke dalam rekahan akan memecahkan batuan.
● Haiwan seperti tikus yang mengorek lubang juga menyebabkan retakan batuan persekitaran.
● Pembebasan asid oleh bakteria semasa penyerapan zat pada batuan turut menguraikan batuan.
Foto 7.9 Aktiviti pengkuarian di Ipoh (Perak)
7C
Bab 07 Video7 99
Layari laman sesawang http://kubupublication.com.my http://kubupublication.com.my/Geografi/Tingkatan4/Video7.html Mengapakah luluh hawa kimia lebih
/Geografi/Tingkatan4/Video7.html untuk maklumat dominan di kawasan tropika lembap
lanjut tentang gua batu kapur. berbanding kawasan gurun?
(Dicapai pada 6 Jun 2019) Berikan alasan anda.
99
99

