Page 115 - Geografi_Tingkatan_4
P. 115
8.1 KONSEP DAN JENIS GERAKAN JISIM
Gerakan jisim merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit seperti tanih, batuan
dan lumpur menuruni cerun akibat tarikan graviti bumi. Gerakan jisim berlaku
dalam dua cara iaitu:
Pergerakan Perlahan
Foto 8.2 Gelangsaran tanah
Gelangsar Tanah
● Kejadian gelangsar tanah berlaku pada
musim bunga atau musim panas
di kawasan glasier.
● Berlaku apabila lapisan tanah permukaan
mencair dan lapisan bawah masih beku.
● Lapisan permukaan tanah menjadi lembap
dan bergerak menuruni cerun.
● Kesan gelangsar tanah ialah permukaan
cerun yang berlekuk dan berbonggol.
● Contoh Mackenzie Valley (Kanada)
Foto 8.1 Kesotan tanih dan Bethel (Alaska).
Kesotan Tanih
● Kesotan tanih melibatkan pergerakan
tanih dan puing-puing batu menuruni Info
cerun secara perlahan. Keadaan ini Graviti ialah daya tarikan yang menggerakkan
berlaku dalam jangka masa panjang. jasad-jasad ke arah pusat sesuatu cakerawala
● Kesan boleh dilihat pada kedudukan seperti bulan atau bumi.
objek seperti pagar, tiang elektrik dan (Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015)
pokok yang menjadi condong.
104
104

