Page 105 - Geografi_Tingkatan_4
P. 105

d  Penghabluran Garam
           ●  Penghabluran garam ialah proses pemecahan
              batuan akibat hablur garam yang terdapat
              di dalam rekahan selepas air tersejat.
           ●  Hablur garam yang semakin membesar dalam
              rekahan menyebabkan tekanan pada batuan
              dan batuan pecah.
           ●  Penghabluran garam sangat giat berlaku
              di kawasan gurun panas yang terdapat
              aliran air bawah tanah.
           ●  Contoh Dataran Tinggi Colorado, Arizona
              (Amerika Syarikat) dan Gurun Danakil          Foto 7.2  Penghabluran garam di Dataran Tinggi
              (Ethiophia).                                     Colorado, Arizona (Amerika Syarikat)


           e  Pelepasan Tekanan

           ●  Pelepasan tekanan bermaksud proses pengurangan tekanan pada batuan igneus di dalam
               kerak bumi.
           ●  Apabila lapisan batuan di bahagian atas terhakis, batuan igneus akan terdedah ke permukaan
               bumi dan melepaskan tekanan.
           ●   Keadaan ini menyebabkan batuan merekah dan pecah secara berlapis membentuk
               kubah pengelupasan.
           ●  Contoh Taman Negara Yosemite, California (Amerika Syarikat).

           ➊               Permukaan bumi  ➋          Permukaan bumi asal  ➌  Rekahan  Permukaan bumi
            Tekanan daripada lapisan batuan di atas  Permukaan bumi



                                              Batuan terdedah selepas        Pelepasan tekanan
                       Batuan                     bahagian atas                menyebabkan
                                                mengalami hakisan             batuan merekah
                                        Rajah 7.5  Tindakan pelepasan tekanan


                                         Proses Luluh Hawa Kimia

           Proses  luluh  hawa  kimia  berlaku  apabila  air  bertindak  balas  dengan  mineral  dalam  batuan
           membentuk bahan baharu dan menyebabkan batuan terluluh hawa.

           a  Larutan

           ●  Proses larutan berlaku apabila air hujan
              melarutkan mineral dalam batuan.                   H O    +              =
           ●   Keberkesanan proses larutan bergantung kepada      2
              jenis mineral dan kuantiti air yang banyak.
           ●   Contoh air hujan mudah melarutkan mineral halit,   Air         Gipsum      Batu garam
              gipsum dan natrium klorida dalam batuan.                  Rajah 7.6  Proses larutan


                                                     94
                                                     94
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110