Page 107 - Geografi_Tingkatan_4
P. 107

Proses Luluh Hawa Biologi

           Proses  luluh  hawa  biologi  berlaku  disebabkan  oleh  tindakan  manusia,  akar  tumbuhan,  haiwan,
           mikroorganisma dan transpirasi tumbuhan secara fizikal atau kimia sehingga batuan terurai.

           a                   ●  Aktiviti manusia seperti perlombongan, pembinaan, pertanian dan
                 Aktiviti         pengkuarian secara tidak langsung menggalakkan luluh hawa biologi.
                Manusia        ●  Semua aktiviti ini menyebabkan batuan merekah dan pecah.
                               ●  Contoh pembinaan terowong dan aktiviti pengkuarian di Ipoh (Perak)
                                 serta pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur.



           b                   ●  Akar tumbuhan yang menjalar masuk ke dalam rekahan dan semakin
                Tindakan          membesar menyebabkan rekahan semakin melebar.
             Akar Tumbuhan     ●  Keadaan ini mengakibatkan batuan persekitaran retak dan pecah.
                               ●  Contoh batuan di kawasan Hutan Hujan Tropika.



           c                   ●  Tindakan haiwan mengorek tanah bagi tujuan perlindungan, mencari
                Tindakan          dan menyimpan makanan mempercepatkan proses luluh hawa batuan.
                 Haiwan        ●  Aktiviti mengorek tanah mengakibatkan batuan persekitaran retak
                                 dan pecah.
                               ●  Contoh arnab, tikus, ular dan cacing tanah.


                               ●  Mikroorganisma yang hidup di permukaan batuan akan mengeluarkan
           d                      asid organik semasa menyerap zat-zat galian dari batuan.
                 Aktiviti      ●  Asid organik akan bertindak balas dengan mineral batuan dan
             Mikroorganisma
                                  menguraikan batuan.
                               ●  Contoh bakteria, kulat dan lumut.


           e                   ●  Semasa transpirasi, tumbuhan akan membebaskan wap air ke udara.
               Transpirasi     ●  Kandungan wap air yang tinggi dalam udara menyebabkan batuan
               Tumbuhan           mengalami luluh hawa kimia melalui proses hidrolisis dan penghidratan.
                               ●  Contoh Hutan Endau Rompin.



                        7A            Uji kaji Transpirasi Tumbuhan
            Tajuk:    Proses luluh hawa biologi.
            Objektif:  1.  Menerangkan proses luluh hawa biologi.
                     2.  Menghuraikan tindakan transpirasi tumbuhan terhadap batuan.
            Bahan-bahan:   Botol plastik, rumput dan batu.
            Langkah-langkah:
            1.  Murid membentuk beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti uji kaji transpirasi tumbuhan.
            2.   Setiap kumpulan akan memasukkan rumput dan batu ke dalam botol plastik dan menutupnya.
            3.   Apabila wap air dibebaskan di dinding botol, guru meminta murid membuat rumusan.
            4.   Murid membuat perkaitan antara transpirasi tumbuhan dengan proses luluh hawa biologi
                terhadap batuan.


                                                     96
                                                     96
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112