Page 108 - Geografi_Tingkatan_4
P. 108
7.4 KESAN LULUH HAWA TERHADAP PANDANG DARAT
DI KAWASAN GURUN PANAS DAN KAWASAN
TROPIKA LEMBAP
Kesan luluh hawa fizikal, luluh hawa kimia dan luluh hawa biologi adalah seperti berikut:
Kesan Luluh Hawa Fizikal terhadap Pandang Darat Gurun
7.4.1
Panas dan Kawasan Tropika Lembap
Kawasan Gurun
Pembentukan gurun batu dan gurun pasir
● Perubahan suhu ekstrem di kawasan gurun menyebabkan
batuan mengalami proses kembang kecut dan pecah
secara pengelupasan, pemecahan bongkah dan
penyepaian berbutir.
● Penghabluran garam dalam rekahan batuan juga
menyebabkan batuan pecah kepada kepingan nipis
sehingga membentuk gurun batu dan gurun pasir.
● Contoh Dataran Tinggi Colorado (Amerika Syarikat) Foto 7.3 Dataran Tinggi Colorado
dan Gurun Thar (India). (Amerika Syarikat)
Mendapan talus di cerun-cerun gunung
● Luluh hawa fizikal turut menghasilkan talus
iaitu serpihan kecil batuan terluluh hawa
yang dimendapkan di cerun-cerun gunung.
● Contoh Gurun Gobi (Selatan Mongolia
dan Utara China) dan Gurun Kalahari
(Selatan Afrika).
Foto 7.4 Gurun Gobi (Selatan Mongolia dan Utara China)
Kawasan Tropika Lembap
Pemecahan batuan di sepanjang pantai
● Di kawasan pinggir pantai, proses kembang kecut
batuan akibat air pasang dan air surut menyebabkan
batuan pecah pada jangka masa panjang.
● Contoh batu pasir di sepanjang pesisiran Pantai
Pasir Panjang di Pulau Redang dan
Pulau Lima (Terengganu).
Batu syal menjadi peroi
● Kejadian pasang surut juga mengakibatkan proses
basah kering batuan secara berulang-ulang. Foto 7.5 Pulau Lima (Terengganu)
● Proses ini menyebabkan batu syal menjadi peroi.
● Contoh Mersing (Johor), British Columbia (Kanada) dan Colorado (Amerika Syarikat).
97
97

