Page 136 - Geografi_Tingkatan_4
P. 136
9.3.3 Tindakan Air Sungai di Peringkat Hilir Sungai
Aliran air sangat perlahan di bahagian hilir menyebabkan air sungai tidak mampu lagi untuk
menggerakkan bahan-bahan yang dibawa kerana kekurangan tenaga untuk mengangkut beban sungai.
Likuan terpenggal dan tasik ladam
● Sungai mengalir secara berliku-liku di hilir sungai.
● Proses pemendapan dan hakisan yang berterusan menyebabkan likuan sungai terpisah
daripada alur sungai. Likuan ini dinamakan likuan terpenggal.
● Bahagian likuan yang terpenggal dari aliran sungai asal akan membentuk tasik ladam.
● Contoh tasik ladam di Sungai Padas (Sabah).
Pemendapan Pemendapan Pemendapan
Y
Aliran sungai
X Hakisan Aliran sungai Aliran sungai
Hakisan X
Y
Pemendapan Likuan terpenggal Tasik ladam
Hakisan berlaku dengan giat pada tebing Pemendapan yang berterusan Bahagian likuan yang
luar bahagian liku (bertanda X) dan menyebabkan likuan sungai terpenggal terus dari aliran
pemendapan pula berlaku di bahagian terpisah daripada aliran sungai sungai membentuk sebuah
dalam liku (bertanda Y) menjadikan menjadi likuan terpenggal. tasik yang dikenali sebagai
lengkok liku sungai semakin rapat. tasik ladam.
Rajah 9.13 Pembentukan likuan terpenggal dan tasik ladam
Dataran banjir dan tetambak Delta
● Dataran banjir ialah kawasan tanah pamah ● Delta terbentuk apabila timbunan bahan
yang terletak di peringkat hilir sungai dan mendak yang terdiri daripada kelodak,
dilimpahi air sungai ketika banjir. lumpur, lempung berlaku secara meluas
● Tetambak pula ialah jaluran permatang di muara sungai yang terlindung.
yang wujud di sepanjang tebing sungai ● Di kawasan muara halaju aliran sungai
dan memisahkan antara sungai dengan amat perlahan kerana pertembungan
dataran banjir. arus sungai dengan arus laut.
● Contoh tetambak di sepanjang ● Contoh Delta Sungai Nil (Mesir).
Sungai Kelantan. Sungai
Dataran banjir
Tetambak
Delta
Laut
Rajah 9.14 Dataran banjir dan tetambak
Rajah 9.15 Delta
125
125

