Page 139 - Geografi_Tingkatan_4
P. 139

9.5         USAHA-USAHA YANG BOLEH DILAKSANAKAN
                       UNTUK MELESTARIKAN SUNGAI

           Melestarikan sungai ialah memelihara sungai dan kawasan sekitarnya supaya kekal seperti sediakala.
           Terdapat pelbagai usaha yang boleh dilaksanakan untuk melestarikan sungai seperti berikut:



                Penguatkuasaan undang-undang

              ●  Penguatkuasaan undang-undang perlu dikuatkuasakan.
              ●  Langkah ini dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar
                 (JAS) di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
              ●  Contoh JAS perlu mengenakan denda dan kompaun yang
                 tinggi terhadap pihak yang mencemarkan sungai.


                                                                              Usaha-usaha yang
                                                                             boleh Dilaksanakan
                                                                             untuk Melestarikan
                                                                                    Sungai









                      Jabatan Alam Sekitar mengenakan tindakan tegas
                      kepada pihak yang didapati mencemarkan sungai.
                          (Sumber:  Jabatan Alam Sekitar, 2019)






               Perangkap Sampah
              ●  Perangkap sampah diletakkan di sungai
                membolehkan sampah di dalam sungai
                dapat dikumpul secara teratur dan
                dibuang secara sistematik.
              ●  Contoh perangkap sampah dipasang
                di Sungai Klang (Selangor).
                               (Sumber:  My Metro, 2017)

                                                             Perangkap sampah di Sungai Klang.








                                                     128
                                                     128
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144