Page 140 - Geografi_Tingkatan_4
P. 140
Rawatan Sumber Air Sungai
● Air sungai yang telah tercemar perlu dirawat
dengan segera.
● Langkah ini boleh dilaksanakan dengan
usaha sama antara pihak kerajaan dan swasta.
● Contoh pihak kerajaan bekerjasama dengan
pihak swasta untuk merawat sumber air
Sungai Kim Kim, Pasir Gudang (Johor) Kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim,
yang telah tercemar. Pasir Gudang (Johor).
(Sumber: Utusan Online, 2019)
Kempen Kesedaran Alam Sekitar
● Kempen dilaksanakan untuk memberikan
kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan sungai.
● Kempen “Cintailah Sungai Kita”
pertama kali telah dilancarkan
oleh Jabatan Pengairan dan Saliran,
Malaysia (JPS) pada tahun 1993.
Malaysia telah menganjurkan pertandingan
“Love Our Rivers” dalam kalangan pelajar
sekolah rendah dan menengah di Sarawak.
(Sumber: WWF Malaysia, 2014)
Pendidikan Alam Sekitar
● Pendidikan tentang penjagaan alam sekitar telah diterapkan dalam sistem
pendidikan sekolah di Malaysia contoh mata pelajaran Geografi.
● Pendidikan kesedaran terhadap alam sekitar boleh mengekalkan kehidupan
yang harmoni dan dapat bersama-sama memelihara kualiti alam sekitar
secara berterusan.
9B Kolaboratif
Tajuk: Menjual kalendar bergambar yang bertemakan kelestarian sungai pada
Hari Keusahawanan sekolah.
Objektif: Mengaplikasikan kemahiran keusahawanan dalam bentuk jualan.
Alatan: Alat tulis, gambar aktiviti melestarikan sungai, kalendar, klip kertas dan gam.
Langkah-langkah:
1. Murid membuat aktiviti dalam kumpulan.
2. Setiap kumpulan perlu membuat kalendar yang ditampal dengan gambar aktiviti-aktiviti
dalam melestarikan sungai.
3. Setiap kumpulan perlu bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan lain untuk menjual kalendar
bergambar yang telah siap dicipta ke kelas lain pada Hari Keusahawanan.
129
129

