Page 138 - Geografi_Tingkatan_4
P. 138
● Kegiatan membuang sisa ternakan ke dalam sungai tanpa dirawat
menyebabkan sumber air akan tercemar.
Penternakan ● Pada tahun 2017 Sungai Tuang, Masjid Tanah (Melaka) telah mengalami
pencemaran akibat daripada pembuangan sisa penternakan khinzir.
(Sumber: Utusan Online, 2017)
● Aktiviti perlombongan seperti emas, bauksit dan tembaga telah
menyebabkan sungai berkelodak, berlumpur dan menyebabkan
warna air sungai bertukar menjadi keruh.
Perlombongan
● Contoh Sungai Balok (Pahang) tercemar akibat daripada aktiviti
perlombongan bauksit.
(Sumber: Utusan Online, 2016)
● Pertambahan penduduk di kawasan bandar telah meningkatkan
jumlah pembuangan sisa domestik ke dalam sungai.
Urbanisasi
● Contoh Sungai Pinang (Pulau Pinang).
(Sumber: Buletin Mutiara, 2016)
● Kegiatan pembangunan tanah secara besar-besaran untuk pertanian,
pembalakan, perindustrian dan perlombongan menyebabkan
sumber air tercemar.
● Kemerosotan kualiti air ini dikesan melalui kandungan pepejal
Pembangunan terampai dan warna air yang semakin keruh.
tanah ● Contoh Sungai Raja Hitam, Manjung (Perak) telah tercemar akibat
daripada aktiviti pembangunan tanah untuk industri memproses
kelapa sawit.
(Sumber: My Metro, 2019)
9A Projek berkumpulan
Tajuk: Membersihkan persekitaran sungai. Layari laman sesawang
Objektif: Menghasilkan kawasan sungai yang cantik dan bersih. http://kubupublication.com.my
Alatan: Plastik sampah, penyapu, sarung tangan, pongkes. /Geografi/Tingkatan4/Nota7.pdf
Langkah-langkah: untuk maklumat lanjut tentang
1. Murid-murid diminta membentuk beberapa kumpulan. senarai sungai yang tercemar.
2. Murid-murid perlu mengutip sampah yang terdapat (Dicapai pada 12 Mei 2019)
di kawasan sekitar sungai. BAB 09 Nota7 127
http://kubupublication.com.my/Geografi/Tingkatan4/Nota7.pdf
3. Sampah yang boleh digunakan dikumpul untuk diguna semula.
4. Setiap kumpulan perlu bekerja sama untuk menghasilkan
kawasan sungai yang cantik dan bersih.
127
127

