Page 211 - Geografi_Tingkatan_4
P. 211

15.1         KONSEP DAN PROSES URBANISASI


           Urbanisasi ialah  proses perubahan  sesuatu kawasan menjadi  bandar.  Sebuah kampung  boleh
           berubah menjadi pekan dan seterusnya berkembang menjadi bandar lebih besar dan kompleks.


















                    Kampung Baru Kuala Lumpur (1980)            Kampung Baru Kuala Lumpur (2019)
                     (Sumber:  Utusan Online, 2019)
           ●  Urbanisasi telah berlaku dengan pesat di bandar-bandar
              utama seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru (Johor),                                   U
              Kuching (Sarawak), Kota Kinabalu (Sabah),
              Istanbul (Turki) dan Beijing (China).
           ●  Pertambahan penduduk di kawasan tersebut hasil
              daripada migrasi masuk penduduk dan pertambahan                     Kuala
                                                                                  Lumpur
              penduduk secara semula jadi.
           ●  Pada tahun 2010, penduduk Malaysia yang tinggal
              di bandar ialah 19.4 juta orang dan dijangka meningkat
              kepada 25.0 juta orang pada tahun 2020. Pertambahan
              jumlah penduduk menyebabkan perebakan bandar kerana
              bandar menjadi semakin sesak.
           ●  Proses perkembangan sesebuah bandar dari segi saiz
              kawasan menyebabkan Kuala Lumpur berubah daripada
              sebuah pekan kecil bertukar kepada bandar metropolitan.
           ●  Contoh pada tahun 1885, keluasan Kuala Lumpur hanya   Petunjuk:
              1.3 km  dan pada tahun 2018 keluasannya berkembang
                    2
              kepada 244 km .                                            Sebelum 1921
                            2
                                                                         1921 - 1957
               Info                                                      1957 - 1974
             Kuala Lumpur Merakam Sejarah dan Pembangunan Negara.        Selepas 1974
             Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandaraya oleh Yang di-Pertuan
             Agong pada 1 Febuari 1972 dan kemudiannya diisytiharkan sebagai   Sempadan Wilayah Persekutuan
             Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Febuari 1974.
                                     (Sumber:  Arkib Negara Malaysia, 2019)  Arah Pembandaran
                                                                  Peta 15.1  Perkembangan Wilayah Persekutuan
                                                                             Kuala Lumpur
                                  15A                             (Sumber:  Jabatan Muzium Malaysia, 2017)
                 1.  Apakah yang dimaksudkan dengan urbanisasi?
                 2.  Bagaimanakah proses urbanisasi berlaku?


                                                     200
                                                     200
   206   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216