Page 213 - Geografi_Tingkatan_4
P. 213

Sosial






                                                           Kemudahan infrastruktur

                                               ●  Kemudahan infrastruktur seperti bekalan air, elektrik,
                                                 telekomunikasi, pengangkutan, pendidikan dan
                                                 kesihatan telah menggalakkan proses urbanisasi.
                                               ●  Contoh bandar Kota Bharu (Kelantan), Arau (Perlis),
                                                 Sandakan (Sabah), Sibu (Sarawak) dan Tauranga
                                                 (New Zealand).





              Foto 15.3  Lebuh Raya Pan Borneo
                     (Sarawak-Sabah)


                Kemudahan sistem pengangkutan

           ●  Jaringan lebuh raya dan perkhidmatan
              kereta api membolehkan petempatan
              yang terletak di laluannya membangun
              menjadi bandar.
           ●  Contoh Ayer Keroh (Melaka), Gemas
              (Negeri Sembilan) dan Tokyo-Nagoya-
              Kyoto-Osaka (Jepun) berkembang
              kerana laluan kereta api Shinkansen.



                                                                    Foto 15.4  Lebuh raya


                                                                  Kemudahan pendidikan

                                                            ●  Kemudahan pendidikan khususnya
                                                               pusat pengajian tinggi menggalakkan
                                                               perkembangan bandar.
                                                            ●  Contoh Universiti Pendidikan Sultan
                                                               Idris (UPSI), Universiti Teknologi
                                                               Petronas (UTP) di Malaysia,
                                                              Universiti Oxford (England) dan
                                                               Universiti Al-Azhar (Mesir).


                 Foto 15.5  Universiti Pendidikan Sultan Idris



                                                     202
                                                     202
   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217   218