Page 215 - Geografi_Tingkatan_4
P. 215

15.3         KESAN URBANISASI


                                        Proses urbanisasi di negara maju seperti Jepun dan Amerika
               Kesan Positif            Syarikat  telah  bermula  lebih  awal berbanding  dengan negara
                                        sedang membangun. Urbanisasi telah memberi kesan positif dan
                                        juga kesan negatif kepada sesebuah negara.



















                                             Foto 15.7  Kuala Lumpur

                                                               Perubahan landskap

                                               ●  Perubahan landskap dapat dilihat dari aspek struktur
                                                  bangunan, jaringan pengangkutan dan perubahan guna
                                                  tanah bandar.
                                               ●  Proses urbanisasi yang pesat di bandar-bandar besar
                                                  telah  mengubah  landskap  bandar  dengan  terbinanya
                                                  bangunan-bangunan  tinggi  kerana  kekurangan  tanah
          Foto 15.8  New York (Amerika Syarikat)
                                                  dan  kos tanah yang  tinggi.  Contoh  Kuala  Lumpur,
                                                  New York (Amerika Syarikat) dan Tokyo (Jepun).



                                                                Peluang pekerjaan

                                               ●  Peralihan dalam kegiatan ekonomi daripada sektor primer
                                                  kepada sektor sekunder dan tertier telah menyediakan
                                                  peluang pekerjaan seperti dalam industri memproses
                                                  makanan dan minuman, elektronik dan automatif.
                                               ●  Keadaan  ini  menjadi  tarikan  penduduk  dari  luar
                                                  bandar ke bandar contoh Kg. Batak Rabit (Perak) ke
                                                  Bangi (Selangor).
                Foto 15.9  Tokyo (Jepun)       ●  Contoh migrasi antarabangsa dari Nepal ke Malaysia.






                  Negara kita mempunyai penduduk yang terdiri daripada berbilang bangsa. Prinsip bertoleransi perlu
                  diwujudkan dengan memahami idea dan pandangan orang lain agar dapat hidup dalam harmoni.


                                                     204
                                                     204
   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220