Page 216 - Geografi_Tingkatan_4
P. 216
Perkembangan infrastruktur
● Peningkatan jumlah penduduk telah menggalakkan
kerajaan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur
seperti pendidikan, kesihatan, bekalan elektrik dan air,
pengangkutan dan telekomunikasi.
● Contoh Kuala Lumpur dan Kuching (Sarawak), Lima
Foto 15.10 MRT (Peru) dan Busan (Korea Selatan).
Taraf hidup meningkat
● Pendapatan yang tinggi di bandar dan kehidupan yang selesa meningkatkan taraf hidup penduduk.
Penduduk boleh mendapatkan barangan, pendidikan dan kemudahan perubatan yang baik
di bandar. Contoh Selayang, Shah Alam (Selangor), Karachi (Pakistan) dan Shenzen (China).
Kesan Negatif
Pulau Haba
● Pulau haba berlaku disebabkan oleh peningkatan suhu sesebuah bandar berbanding suhu
di kawasan sekitar kerana kekurangan tumbuh-tumbuhan.
● Bangunan konkrit dan permukaan berturap menyerap dan menyimpan haba. Bangunan yang
dibina rapat, berkaca dan bercermin memerangkap haba.
● Asap kenderaan dan kilang turut menyumbang berlakunya pulau haba.
● Contoh Kuala Lumpur, Los Angeles (Amerika Syarikat) dan Hong Kong.
Pencemaran
● Pencemaran udara berlaku akibat peningkatan bilangan kenderaan dan kilang di bandar. Asap
kenderaan yang mengandungi karbon monoksida dan sulfur dioksida menyebabkan udara mudah
tercemar. Contoh Manila (Filipina), Beijing (China) dan Moscow (Rusia).
● Pencemaran air berlaku akibat pembuangan sampah dan sisa kilang ke dalam sungai. Contoh
Sungai Klang (Selangor), Sungai Edo dan Teluk Tokyo (Jepun).
● Pencemaran bunyi berlaku kerana bilangan kenderaan yang banyak. Contoh Jakarta (Indonesia)
dan Mumbai (India).
Hujan asid
● Urbanisasi menggalakkan terbinanya kilang-kilang perindustrian
mengakibatkan berlakunya hujan asid.
● Kesan hujan asid telah menjejaskan kesihatan manusia, tumbuhan
dan hidupan akuatik.
● Contoh Timur Laut Amerika Syarikat, Guang Zhou (China) dan
Kolkata (India).
Rajah 15.1 Hujan asid
205
205

