Page 212 - Geografi_Tingkatan_4
P. 212

15.2          FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
                         PROSES URBANISASI


                                                   Ekonomi


             Kegiatan perlombongan
             ●  Aktiviti perlombongan seperti perlombongan bijih timah
               menggalakkan urbanisasi awal di Seremban (Negeri
               Sembilan), Kuala Lumpur, Ipoh dan Taiping (Perak).
             ●  Bintulu dan Miri (Sarawak) dan Kerteh (Terengganu)
               berkembang kerana perlombongan petroleum dan
               gas asli serta Orinoco Belt (Venezuela) kaya
               dengan petroleum.
                                                                     Foto 15.1  Perlombongan bijih timah

             Peluang pekerjaan

             ●  Migrasi masuk ke sesuatu bandar kerana peluang
               pekerjaan dalam sektor perindustrian dan
               perkhidmatan.
             ●  Contoh Perai dan Mak Mandin (Pulau Pinang),
               Ho Chi Minh, Amata dan Long Binh (Vietnam),
               Sao Paulo dan Santos (Brazil) serta Seoul
               (Korea Selatan).                                         Foto 15.2  Bidang elektronik

             Kedudukan yang strategik

             ●  Kedudukan yang strategik di laluan antarabangsa Timur dan Barat menggalakkan
               perkembangan bandar pelabuhan dalam perniagaan dan perdagangan.
             ●  Contoh Pelabuhan Klang (Selangor), Pelabuhan Pasir Gudang (Johor), Pelabuhan Tanjung
               Pelepas (Johor), Pelabuhan Singapura dan Pelabuhan Hong Kong.


             Pelbagai jenis perkhidmatan
             ●  Proses urbanisasi telah mewujudkan pelbagai jenis perkhidmatan untuk penduduk.
             ●  Contoh Georgetown (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor) dan Kuching (Sarawak) berfungsi
               sebagai pusat perkhidmatan kewangan seperti bank dan insurans.
             ●  Pusat kewangan antarabangsa seperti New York (Amerika Syarikat), London (England)
               dan Tokyo (Jepun).


             Keindahan alam semula jadi
             ●  Keindahan alam semula jadi seperti pantai, laut dan hutan menggalakkan ekopelancongan.
             ●  Kegiatan ekopelancongan ini menyebabkan peningkatan infrastruktur dan proses
               urbanisasi bandar.
             ●  Contoh pantai di Port Dickson (Negeri Sembilan), salji di Zurich (Switzerland) dan air
               terjun iaitu Victoria Falls (Afrika Selatan).

                                                      201
                                                      201
   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217